Tuesday, June 28, 2011

Basic of Breastfeeding

Saya punya cerita sendiri kenapa saya menyusukan anak saya. Yang pada awalnya, sejak saya mengetahui saya hamil Zara, saya dan suami tidak pernah terfikir untuk memberi susu apa kepada anak kami. Either its formula or breastfeed, tidak pernah terlintas. Namun, kami merancang untuk melahirkan anak kami di hospital putrajaya. Mula-mula nak ambil FPP under Dr. Hazim tetapi cancel sebab memikirkan dana tak cukup. Huhu. Tapi tidak pula mempunyai alasan hendak melahirkan di Putrajaya kerna ia merupakan hospital baby friendly. Tetapi, alhamdulillah, setelah melahirkan barulah kami mempunyai kesedaran tentang breastfeeding kerna ia adalah hospital baby friendly yang mana semua staf support dan membantu kita untuk breastfeed. Dan daripada situlah kami mula decide untuk menyusukan Zara dan anak kami yang seterusnya dan kami mula menggali ilmu tentang breastfeeding sehinggalah sekarang.

Ini adalah beberapa ilmu yang saya gali Sabtu lepas dengan Pn. Farah Farhan, seorang lactation counselor yang banyak sangat memberi saya inspirasi untuk menjadi ibu dan wanita berjaya.

Saya, anda dan semua tahu bahawa susu ibu adalah hak bayi kita. Setiap penyusuan dengan anak kita pasti mempunyai cerita yang tersendiri dan cerita inilah yang akan mengikat cinta kita kepada anak kita. Dengan menyusukan baby kita, ia secara langsung memberikan rasa selamat , kehangatan kepada baby kita. Bagi para ibu yang menyusukan baby anda, sudah pasti di saat menyusukan itulah adalah momen yang kita rasakan satu momen 'hanya aku dan kamu'.

Air susu kucing adalah untuk anak kucing. Susu Ikan paus juga adalah untuk anak ikan paus.. Begitu juga dengan air susu manusia juga, untuk anak manusia. Setiap susu yang dihasilkan oleh haiwan adalah berbeza-beza. Contohnya, susu manusia, adalah khas untuk anak manusia yang mana ia mudah dihadam, penting bagi bayi manusia yang hanya mempunyai satu perut, dan hanya sebesar biji guli. Begitu juga dengan susu lembu, ia di desain untuk anak lembu yang mempunyai 4 perut. Maka dengan itu, susukan lah anak anda secara eksklusif tanpa ditambah air atau apa sahaja pun selama 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.

Apa istimewanya kita menyusukan anak kita? Perkara pertama, well, breastmilk = fresh milk, optimum temperature, sterillised. Tidak perlu kita terkocoh-kocoh menyiapkan air panas, susu formula setiap kali keluar. Air susu ibu tersedia bila-bila masa dan dimana sahaja. Expired? Cuba anda baca di tin susu formula bila susu itu expired? Pasti setelah dibancuh sejam susu tersebut dah tak boleh pakai. Susu ibu, tidak expired. Susu ibu juga senang dihadam dan memberikan nutrisi terbaik bagi bayi. Perkara yang paling penting untuk para bapa: Susu ibu FREE of CHARGE!!! :)

Bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mendapat antibodi daripada ibunya, kurang risiko meningitis, cancer, alergi dan infection. Contohnya Zara, paling lama pernah demam adalah sehari. Jarang sangat sakit. Alhamdulillah, dalam apa jua situation, Zara belum ada sakit yang parah. Bayi yang menyusui ibunya menggunakan 44 muscle dirahangnya semasa menyusu, berbeza dengan bayi yang menghisap botol, menghisap botol lebih senang. Sudah pasti, IQ mereka lebih tinggi, lebih dekat dengan ayah dan ibunya. Orang selalu bilang,bayi yang menyusu ibu ini manja dan selalu menangis perlukan ibunya. Tidakkah itu membanggakan kita sebagai orang tua, bahawa kita selalu diperlukan oleh sang anak???

Perasa susu? Susu formula mempunyai perasa vanilla, coklat atau madu. Perasa ini, contohnya vanilla; bagi bayi yang menghisap susu formula berperasa vanilla, sampai kapan pun perasa vanilla itu yang mereka rasa. Uhh, bosan nye. :) Susu ibu? Setiap apa yang dimakan oleh ibunya, itulah perasa susunya. Bermaksud, ada berbagai perasa, tergantung makanan ibunya. Kerna alasan ini, kebanyakan bayi yang menyusui ibunya tidak memilih makanan. Mereka telah diperkenalkan dengan segala jenis perasa sejak mereka lahir lagi.

Secara rawak, begitulah kebaikan bagi bayi apabila menyusui ibunya. Bagi para ibu, apakah kebaikan kita menyusui anak kita. Nombor 1, PAHALA besar kita dapat untuk setiap titik air susu kita. Tak banggakah dan terharukah kita bahawa setiap yang mengalir dalam darah anak kita adalah darah kita. Bersatu betul! Hehe. Selain pahala yang sudah dijanjikan, hormon yang dihasilkan semasa menyusui adalah hormon oksitosin membantu kita mengecutkan rahim dan mengurangkan darah nifas. Selain itu, ia membantu kita mengurangkan rasa stress sewaktu berpantang. Kita juga dengan segera boleh mengurangkan berat badan, setiap penyusuan akan membakar 500 kalori. Tidak ke teruja tu? Risiko barah payudara, barah ovari dan osteoporosis dapat lah dikurangkan sekiranya kita menyusukan bayi kita. Selain perkara diatas, kita boleh menjimatkan wang dengan tidak perlu membeli susu formula, tidak perlu juga pil menjarakkan kehamilan kerna menyusukan anak adalah cara alami untuk menjarakkan kehamilan. Sudah pasti bagi para ibu yang menyusukan anak itu lebih mudah berbanding perlu bangun dan terkocoh-kocoh (suka betul perkataan ni) menyiapkan  susu anak.

Daripada pengalaman saya, apabila menyusukan anak, ia memberikan saya satu perasaan 'menjadi ibu'. Kita juga lebih sensitif dengan keperluan anak kita kerna kita memerhatikan anak kita, 'apakah mau bangun untuk menyusu?' bukannya waktu yang kita perhatikan untuk memberikan dia susu.

Untuk para bapa, tidak juga ketinggalan dalam mendapat bahagian keindahan menyusukan bayi. Sudah pasti, poket bapa lebih tebal memandangkan tidak perlu mengeluarkan beratus ringgit demi susu formula berkualiti tinggi. Mereka juga sangat diperlukan oleh para istri bagi mendapat sokongan dan dorongan untuk berjaya menyusukan anak. Secara tidak langsung, ini mendekatkan lagi hubungan suami istri. Dan sudah pasti, para bapa insyaAllah akan mendapatkan bentuk badan istri seperti sedia kala dengan lebih cepat jika istrinya menyusukan bayi mereka. :)

Apa lagi para ibu dan bakal ibu? Tepuk dada, tanya selera. Apakah anda ingin merasakan kenikmatan menyusui anak anda. Nikmat ini tidak terucapkan melainkan anda merasainya sendiri. Yakinlah anda boleh menyusukan.

Post berikutnya, berminatlah saya untuk share tentang:

  • Persediaan bagi para bakal ibu untuk menyusukan anak
  • Jenis-jenis susu ibu
  • Tips penyusuan efektif
  • Breastfeeding technique
  • Ingin menambahkan susu?
  • Panduan penyusuan untuk para ibu yang berkerjaya
Banyak yang kena share. Saya bukanlah pakar. Saya bercerita berdasarkan pengalaman, pembacaan dan galian ilmu yang sedang saya gali bagi membantu orang diluar sana yang ingin kan kejayaan dunia dan aakhirat. :)

Alamak! Macam hantu kak limah pulak kan. Hehe. Apa pun, nak tunjuk saya bfeed anak right after i gave birth. Penat tapi tetap berusaha memberikan kolustrum padanya.

No comments:

Post a Comment