Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Basic of Breastfeeding

Saya punya cerita sendiri kenapa saya menyusukan anak saya. Yang pada awalnya, sejak saya mengetahui saya hamil Zara, saya dan suami tidak pernah terfikir untuk memberi susu apa kepada anak kami. Either its formula or breastfeed, tidak pernah terlintas. Namun, kami merancang untuk melahirkan anak kami di hospital putrajaya. Mula-mula nak ambil FPP under Dr. Hazim tetapi cancel sebab memikirkan dana tak cukup. Huhu. Tapi tidak pula mempunyai alasan hendak melahirkan di Putrajaya kerna ia merupakan hospital baby friendly. Tetapi, alhamdulillah, setelah melahirkan barulah kami mempunyai kesedaran tentang breastfeeding kerna ia adalah hospital baby friendly yang mana semua staf support dan membantu kita untuk breastfeed. Dan daripada situlah kami mula decide untuk menyusukan Zara dan anak kami yang seterusnya dan kami mula menggali ilmu tentang breastfeeding sehinggalah sekarang.

Ini adalah beberapa ilmu yang saya gali Sabtu lepas dengan Pn. Farah Farhan, seorang lactation counselor yang banyak sangat memberi saya inspirasi untuk menjadi ibu dan wanita berjaya.

Saya, anda dan semua tahu bahawa susu ibu adalah hak bayi kita. Setiap penyusuan dengan anak kita pasti mempunyai cerita yang tersendiri dan cerita inilah yang akan mengikat cinta kita kepada anak kita. Dengan menyusukan baby kita, ia secara langsung memberikan rasa selamat , kehangatan kepada baby kita. Bagi para ibu yang menyusukan baby anda, sudah pasti di saat menyusukan itulah adalah momen yang kita rasakan satu momen 'hanya aku dan kamu'.

Air susu kucing adalah untuk anak kucing. Susu Ikan paus juga adalah untuk anak ikan paus.. Begitu juga dengan air susu manusia juga, untuk anak manusia. Setiap susu yang dihasilkan oleh haiwan adalah berbeza-beza. Contohnya, susu manusia, adalah khas untuk anak manusia yang mana ia mudah dihadam, penting bagi bayi manusia yang hanya mempunyai satu perut, dan hanya sebesar biji guli. Begitu juga dengan susu lembu, ia di desain untuk anak lembu yang mempunyai 4 perut. Maka dengan itu, susukan lah anak anda secara eksklusif tanpa ditambah air atau apa sahaja pun selama 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.

Apa istimewanya kita menyusukan anak kita? Perkara pertama, well, breastmilk = fresh milk, optimum temperature, sterillised. Tidak perlu kita terkocoh-kocoh menyiapkan air panas, susu formula setiap kali keluar. Air susu ibu tersedia bila-bila masa dan dimana sahaja. Expired? Cuba anda baca di tin susu formula bila susu itu expired? Pasti setelah dibancuh sejam susu tersebut dah tak boleh pakai. Susu ibu, tidak expired. Susu ibu juga senang dihadam dan memberikan nutrisi terbaik bagi bayi. Perkara yang paling penting untuk para bapa: Susu ibu FREE of CHARGE!!! :)

Bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mendapat antibodi daripada ibunya, kurang risiko meningitis, cancer, alergi dan infection. Contohnya Zara, paling lama pernah demam adalah sehari. Jarang sangat sakit. Alhamdulillah, dalam apa jua situation, Zara belum ada sakit yang parah. Bayi yang menyusui ibunya menggunakan 44 muscle dirahangnya semasa menyusu, berbeza dengan bayi yang menghisap botol, menghisap botol lebih senang. Sudah pasti, IQ mereka lebih tinggi, lebih dekat dengan ayah dan ibunya. Orang selalu bilang,bayi yang menyusu ibu ini manja dan selalu menangis perlukan ibunya. Tidakkah itu membanggakan kita sebagai orang tua, bahawa kita selalu diperlukan oleh sang anak???

Perasa susu? Susu formula mempunyai perasa vanilla, coklat atau madu. Perasa ini, contohnya vanilla; bagi bayi yang menghisap susu formula berperasa vanilla, sampai kapan pun perasa vanilla itu yang mereka rasa. Uhh, bosan nye. :) Susu ibu? Setiap apa yang dimakan oleh ibunya, itulah perasa susunya. Bermaksud, ada berbagai perasa, tergantung makanan ibunya. Kerna alasan ini, kebanyakan bayi yang menyusui ibunya tidak memilih makanan. Mereka telah diperkenalkan dengan segala jenis perasa sejak mereka lahir lagi.

Secara rawak, begitulah kebaikan bagi bayi apabila menyusui ibunya. Bagi para ibu, apakah kebaikan kita menyusui anak kita. Nombor 1, PAHALA besar kita dapat untuk setiap titik air susu kita. Tak banggakah dan terharukah kita bahawa setiap yang mengalir dalam darah anak kita adalah darah kita. Bersatu betul! Hehe. Selain pahala yang sudah dijanjikan, hormon yang dihasilkan semasa menyusui adalah hormon oksitosin membantu kita mengecutkan rahim dan mengurangkan darah nifas. Selain itu, ia membantu kita mengurangkan rasa stress sewaktu berpantang. Kita juga dengan segera boleh mengurangkan berat badan, setiap penyusuan akan membakar 500 kalori. Tidak ke teruja tu? Risiko barah payudara, barah ovari dan osteoporosis dapat lah dikurangkan sekiranya kita menyusukan bayi kita. Selain perkara diatas, kita boleh menjimatkan wang dengan tidak perlu membeli susu formula, tidak perlu juga pil menjarakkan kehamilan kerna menyusukan anak adalah cara alami untuk menjarakkan kehamilan. Sudah pasti bagi para ibu yang menyusukan anak itu lebih mudah berbanding perlu bangun dan terkocoh-kocoh (suka betul perkataan ni) menyiapkan  susu anak.

Daripada pengalaman saya, apabila menyusukan anak, ia memberikan saya satu perasaan 'menjadi ibu'. Kita juga lebih sensitif dengan keperluan anak kita kerna kita memerhatikan anak kita, 'apakah mau bangun untuk menyusu?' bukannya waktu yang kita perhatikan untuk memberikan dia susu.

Untuk para bapa, tidak juga ketinggalan dalam mendapat bahagian keindahan menyusukan bayi. Sudah pasti, poket bapa lebih tebal memandangkan tidak perlu mengeluarkan beratus ringgit demi susu formula berkualiti tinggi. Mereka juga sangat diperlukan oleh para istri bagi mendapat sokongan dan dorongan untuk berjaya menyusukan anak. Secara tidak langsung, ini mendekatkan lagi hubungan suami istri. Dan sudah pasti, para bapa insyaAllah akan mendapatkan bentuk badan istri seperti sedia kala dengan lebih cepat jika istrinya menyusukan bayi mereka. :)

Apa lagi para ibu dan bakal ibu? Tepuk dada, tanya selera. Apakah anda ingin merasakan kenikmatan menyusui anak anda. Nikmat ini tidak terucapkan melainkan anda merasainya sendiri. Yakinlah anda boleh menyusukan.

Post berikutnya, berminatlah saya untuk share tentang:

  • Persediaan bagi para bakal ibu untuk menyusukan anak
  • Jenis-jenis susu ibu
  • Tips penyusuan efektif
  • Breastfeeding technique
  • Ingin menambahkan susu?
  • Panduan penyusuan untuk para ibu yang berkerjaya
Banyak yang kena share. Saya bukanlah pakar. Saya bercerita berdasarkan pengalaman, pembacaan dan galian ilmu yang sedang saya gali bagi membantu orang diluar sana yang ingin kan kejayaan dunia dan aakhirat. :)

Alamak! Macam hantu kak limah pulak kan. Hehe. Apa pun, nak tunjuk saya bfeed anak right after i gave birth. Penat tapi tetap berusaha memberikan kolustrum padanya.

Hak-hak Anak: Salah satunya, Menyusukannya

Anak adalah anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada pasangan suami isteri yang membuatkan kita merasa bahagia yang tidak ternilai rasanya. Rasa bahagia mempunyai anak tidak dapat digambarkan, tidak dapat dibezakan dengan harta benda. Anak adalah harta kita di dunia dan di akhirat.

Tidak semua manusia mendapat kurniaan Allah ini. Allah menguji kita dengan berbagai bentuk ujian. Anak adalah rezeki dan kita harus bersyukur ke atas rezeki yang dikurniakan ke atas kita. Allah berfirman:

Anak-anak ku

{لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ (49) أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ (50)} [الشورى:49ـ50]


Ertinya: "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendakiNya). Dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa. (QS Asy-Syura: 49-50)

Bagaimana kita hendak mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan ini? Salah satunya adalah memperhatikan hak anak kita. Apakah kita sebagai orang tua sudah memastikan hak-hak anak kita telah disempurnakan? Islam, adalah agama yang serba lengkap dan telah menggariskan kepada kita apakah hak anak kita yang harus disempurnakan. Antara hak-hak anak yang telah digariskan dalam Islam adalah seperti berikut:
  • Memilih pasangan hidup kita seorang yang soleh/solehah agar terjamin masa depan anak untuk mempunyai orang tua yang beriman.
  • Mengucapkan doa sebelum berhubungan badan untuk menghindari dari gangguan syaitan.
  • Memperhatikannya ketika berada di dalam rahim ibunya:
Bagi para ibu, selalu mempunyai kebiasaan dan rutin yang baik setiap hari apabila mengandungkan anak anda kerna itu bisa mempengaruhi anak anda dikandungan. Selalu beribadat dan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh/solehah. Seorang bapa pula wajib menafkahi ibu yang mengandung anaknya walaupun dia sudah talak 3 atau talak bain. Alasannya, ibu tersebut mengandung anaknya dan menafkahi anak itu adalah wajib. Allah berfirman: 

{وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّى يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ} [الطلاق:6]

Ertinya: "Jika mereka (wanita-wanita itu) sedang hamil, maka nafkahilah mereka sampai mereka melahirkan kandungannya." (QS Ath-Thalaq:6)

  •  Memperlihatkan rasa senang ketika dia dilahirkan:

Apapun jantina yang dilahirkan, laki-laki atau perempuan, kita haruslah bersyukur dan merasa senang dengan pemberian itu. Apa keadaan pun anak yang dilahirkan, sama ada sempurna atau tidak haruslah diterima dengan rasa yang bersyukur kerna itu adalah ujian Allah kepada kita.
    Menyambut kelahiran anak kedua dengan penuh kesenangan
  • Menjaganya agar tetap hidup baik ketika di dalam rahim atau ketika telah lahir:
Setiap anak mempunyai hak untuk hidup. 
Firman Allah:

{وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا } [الأسراء : 31]
Artinya: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan! Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (QS Al-Isra’ : 31)
  • Mengurniakan nama kepada anak dengan nama yang baik
  • Menyusui anak dengan air susu ibu sehingga dia merasa cukup dan memperhatikan gizi makanan dan minuman anak:
Anak memiliki hak untuk dijaga kesehatannya. Makanan yang paling bagus untuk bayi di bawah umur dua tahun adalah ASI (Air Susu Ibu).

{َالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ …}

Artinya: “Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi rezki (makanan) dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya. Dan orang yang mendapatkan warisan pun berkewajiban demikian…” (QS Al-Baqarah: 233).

Ibnu Hazm berkata, “Seorang ibu wajib menyusui anaknya, baik dia itu adalah seorang yang merdeka ataupun budak, atau seorang yang berada di bawah tanggungan suaminya, tuannya ataupun tidak di bawah tanggungan siapa-siapa. Hal ini disebabkan karena hak anaknya yang berasal dari air mani yang dinisbatkan kepada suaminya atau selain suaminya, baik dia itu senang atau tidak, bahkan anak seorang khalifah pun dipaksa untuk itu.

  • Berakikah dengan menyembelih satu ekor kambing untuk anak perempuan dan dua ekor kambing untuk anak laki-laki serta mencukur rambutnya di hari ketujuh kelahirannya:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

(الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ)

Artinya: “Seorang anak tergadaikan dengan akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ke tujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya.”[4]
Meskipun terjadi perbedaan pendapat di antara ulama tentang kewajiban berakikah, sudah sepantasnya sebagai seorang muslim untuk selalu berusaha mengikuti semua sunnah/ajaran nabishallallahu ‘alaihi wa sallam.
  • Menjaga kebersihan tubuhnya dan menghilangkan berbagai gangguan darinya:
Orang tua wajib memperhatikan kebersihan anaknya. Secara tidak disadari, hal ini sangat berpengaruh terhadap perkembangan mental sang Anak. Begitu pula, sudah sepantasnya orang tua mengajarkan cara menjaga kebersihan. Sebagai contoh kecil, mengajarkannya untuk tidak membuang sampah kecuali di tempat sampah, mengajarkannya untuk membersihkan tempat tidur dan membiasakannya untuk menggosok giginya.
Islam adalah agama yang yang sangat memperhatikan kebersihan. Di antara bentuk ajaran Islam yang menjelaskan tentang kebersihan adalah disyariatkannya berkhitan, baik untuk laki-laki maupun perempuan.

p/s Apakah kita sebagai orang tua sudah menyempurnakan hak-hak anak kita ini? Kita tidak pernah tahu seberapa panjang usia anak kita dan berapa lama kita dipinjamkan nikmat ini. Segerakanlah sempurnakan hak mereka agar jika satu waktu nanti pinjaman ini diambil oleh Allah lagi, kita tidak menyesal dan bersyukur kerna telah menyempurnakan hak mereka. Saya mendapat inspirasi menulis tentang hak anak ini daripada Dr. Hazim, yang pernah kehilangan anaknya kerna tragedi tanah runtuh di hulu langat beberapa bulan kemarin. Saya berjumpa dia dan mengucapkan takziah dan dia berkata, dia tidak regret kerna dia merasakan telah menyempurnakan hak anaknya itu. Saya berfikir apakah saya sudah? Inspirasi kedua, adalah tentang penyusuan. Para ibu di luar sana, adakah air susu kita sudah kita berikan pada anak-anak? Ingat, itu adalah hak mereka.

Sunday, June 26, 2011

Breastfeeding

Last Saturday, 25th of June 2011, i went to a breastfeeding talk in TTDI Shah Alam, conducted by Pn. Farah Farhan, a lactation counselor. Talk ni dia buat di kedai dia, Sara Kids. Actually, kalau nak join talk ni, you have to pay RM50. Tapi kalau datang berpasangan, sorang jadi RM40. Saya datang dengan Ema, memandangkan suami-suami kami tiada disisi. Faidrol minggu ni tak balik KL dan suami saya pula, masih di Jakarta.

Banyak ilmu yang saya dapat dari Pn. Farah ini. Talk dia sungguh best, santai dan menarik. Rasa macam tak cukup waktu kami, 3 jam (2pm-5pm). Dan memang tak cukup. Nanti insyaAllah nak join lagi dengan suami. Walaupun saya seorang ibu yang sudah berjaya menyusukan anak saya yang pertama selama 2 tahun lebih (sehingga sekarang), saya masih tetap ingin menambah ilmu dan ternyata banyak ilmu yang masih saya belum ketahui. Banyaaakkkk. Talk ni pun adik saya, Ema yang ajak, dan saya pun berminatlah untuk join. Thanx Ema!

So, apakah ilmu yang dapat saya share kat sini? Saya akan ceritakan dalam next post saya, akan share tentang breastfeeding secara lebih menyeluruh lagi. Di sini, saya nak share beberapa point yang saya rasa kita perlu sangat tahu:

  • Menyusukan anak boleh membakar sebanyak 500 kalori. Wah, daripada penat-penat jogging, baik susukan anak untuk kurus. :P
  • Tidak ada masalah untuk para ibu makan apa sahaja makanan kerana ia tidak mempengaruhi susu kecuali rasanya. Setiap yang kita makan itu akan mempengaruhi rasa susu. Kalau kita makan durian, rasa durianlah air susu kita. Tetapi kalau hari itu kita salah makan, bayi kita tidak akan sakit perut kerna makanan yang kita makan kerna susu kita sudah disaring sebelum disampaikan ke anak. Anak akan mendapat air susu yang baik sahaja. Tetapi, bagi makanan bergas, gas tersebut boleh sampai kepada baby. Jadi, kurangkan makanan bergas untuk mengelakkan kembung perut. Selebihnya, silakan makan apa sahaja yang anda teringin. :)
  • Penghasilan air susu kita sebenarnya sangat tergantung kepada demand bayi kita. Badan kita akan menghasilkan susu hanya jika dia tahu bahawa ada demand. Jika kita kurang menyusukan anak kita, maka berkuranglah air susu kita. Untuk para ibu yang berusaha memperbanyakkan air susu dengan cuba memakan segala jenis makanan penambah susu, usaha itu hanyalaah 20% sahaja sedangkan demand daripada bayi itu adalah paling penting untuk mendapatkan susu yang banyak. Jika kita pam susu kita hari ini, susu yang dihasilkan itu sebenarnya sudah cukup untuk bayi kita dan bayi itu tidak memerlukan lebih dari yang dihasilkan. Always bear in mind, perut bayi hanyalah sebesar biji guli, takdelah memerlukan susu berbotol-botol. Dan ini applicable sehingga dia berumur 6 bulan.
  • Saya rasa,info yang seterusnya ini dah ramai tahu. Susu yang dihasilkan pada awal penyusuan merupakan air (fore milk) yang kaya dengan protein, rendah lemak dan banyak air manakala diakhir penyusuan adalah makanan (hind milk) yang kaya dengan kalori dan lemak. Jadi, kalau boleh, susukanlah anak anda selama yang mungkin bagi dia mendapatkan zat makanannya. Sepuluh minit pertama masih foremilk, dan 20minit seterusnya boleh diberi bagi anak mendapatkan susu belakang. Kalau hendak memastikan anak anda betul-betul sudah mendapatkan hind milk nya, boleh dilihat pada najisnya nanti. Jika najisnya berwarna kuning mustard, bermakna dia sudah mendapatkan hind milk tetapi jika ada berwarna kehijauan, itu bermaksud masih fore milk.
  • Orang selalu cakap kalau orang yang breast dia besar, air susu nya banyak dan bagi yang kecil, susu sedikit. Tidak. Besar kecik breast tu sebenarnya kerana lemak yang ada. Semua wanita mempunyai bilangan saraf yang sama untuk menghasilkan air susu. Jadi, tidak ada isu breast besar kecik ya, untuk penghasilan susu yang banyak.
Kesimpulan yang paling penting untuk para ibu yang nak air susu yang banyak adalah selalu lah mengosongkan susu anda daripada air susu sama ada dengan menyusukan anak atau pam kerna semakin efektif anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Konsep supply dan demand.

p/s next post saya akan ceceite lebih banyak tentang kebaikan menysukan anak nih. :) tungguuu...

Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Peribadi Sepanjang Menyusukan Zara: Episode 1

Bismillahirahmanirahim.
Saya telah membuat banyak survey tentang kesedaran menyusui anak menggunakan ASI (Air Susu Ibu). Di Indonesia, sudah terdapat asosiasi yang menyokong pergerakan ini. Tetapi, masih banyak orang yang masih tidak tahu tentang kebaikannya. Mungkin dia tahu, tetapi cepat berputus asa. Okay, saya mempunyai niat sendiri untuk menyokong pergerakan ini. Banyak orang di lingkungan saya kurang aware tentang kebaikan ASI atau juga kurang yakin dengan diri sendiri. Maka dengan itu, saya berusaha untuk memberikan kesedaran itu kepada lingkungan saya. ;) Pada peringkat permulaan ini, apa yang boleh saya kongsikan bersama adalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.

Pengalaman 1
Alhamdulillah, saya telah digerakkan hati untuk melahirkan di hospital Putrajaya. Salah satu hospital yang rakan bayi di Malaysia. Saya dan suami saya pada awalnya tidak tahu tentang kebaikan susu ibu dan tidak aware untuk memberikan bayi kami susu apa. Namun, kerana saya melahirkan di hospital rakan bayi, saya didedahkan kepada penyusuan anak menggunakan air susu ibu.

Setelah berjuang selama 3 jam untuk melahirkan Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum, saya merasa amat penat dan letih sekali. Apa yang menggembirakan di hati saya "Alhamdulillah, lepas ni boleh lah tido.. " Namun, ternyata perjuangan saya bukanlah setakat itu. Setelah Zara dibersihkan, saya langsung disuruh untuk coba menyusuinya. Tidak berjaya.

Tiba di wad, jam sudah menunjukkan hampir jam 6 pagi. Staf nurse waktu itu sedang mahu bertukar shift. Tidak ada seorang pun yang datang membantu saya. Kecuali ada seorang nurse, itu pun dengan tergesa-gesa. Akhirnya, tinggallah saya dan bayi saya yang menangis mahukan susu.

Selepas itu, saya dikunjungi oleh kakak sepupu saya. Seawal 7 pagi. Dia cuba membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi masih juga gagal. Aduh, penatnya. Akhirnya, tinggal saya sendiri lagi berusaha untuk menyusukannya.

Akhirnya, pada jam 10am, saya berjaya memberi Zara susu pertamanya dan itu adalah kenangan yang PALING INDAH yang pernah saya lalui. Sewaktu Zara menyusu, dia tidak lepas memerhatikan setiap sudut muka saya seperti pengen mengenal bunda nya. And i enjoyed that moment so much by myself.

Sempat saya menelefon suami saya yang sedang menunggu di surau menyatakan saya telah berjaya menyusukan Zara. Suami saya tidak dapat menemani saya memandangkan waktu melawat adalah pada jam 12 siang. :(

Perjuangan yang berliku-liku, apabila akhirnya berjaya memberikan buah yang sangat manis. Makanya, para ibu, jangan pernah berputus asa.

Walaupun kita memilih untuk melahirkan di hospital rakan bayi, kita harus sentiasa bersedia untuk cuba menyusukan anak kita kalau tidak mendapat bantuan.

Sekian, sehingga ke episode seterusnya.

Wednesday, March 16, 2011

Persediaan menyusukan anak


Salam.
Walaupun saya berpengalaman selama hampir 2 tahun menyusukan Zara, tetapi, ternyata masih banyak yang tidak saya tahu tentang penyusuan anak. Ini kerana, saya beruntung kerana menyusukan Zara atas galakan hospital dan kesedaran itu baru timbul setelah melahirkan dan tidak mungkin menyusukan Zara dengan apa-apa susu formula atau selain susu ibu. Saya juga tidak pernah memikirkan untuk memberi Zara susu apa setelah dia dilahirkan, even susu ibu pun saya tidak terfikir. Jahil.. ;)

Sekarang, untuk menyambut anak kedua, saya perlu membuat banyak persiapan mental, fizikal terutamanya dan mungkin sedikit peralatan untuk penyusuan. Memandangkan saya mahu anak yang kedua ini juga mendapat susu ibu sepenuhnya dan juga saya tetap mahu Zara selalu menyusui saya sehingga lah dia sendiri yang tidak mahu. Saya mahu punya suplai susu yang BANYAKKKK dan susu itu nanti boleh lah saya pakai untuk memberikan kepada bayi-bayi saya kalau diperlukan atau digunakan untuk memasak makanan Zara yang memerlukan susu (daripada menggunakan susu jenis lain, saya prefer susu ibu). Sudah pasti.. ;)

Maka dengan itu, saya telah membuat beberapa research (bacaan) dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu bagaimana persediaan sebelum penyusuan dijalankan. Apa yang perlu saya tahu?

  1. Sebelum melahirkan, tanya kepada diri sendiri, apakah kita mahu menyusukan anak kita dengan susu ibu? Fully breastfeed? Atau kerana suka-suka? Ikut orang? Cuba-cuba? Sebelum menjalankan sesuatu pastilah dimulai dengan NIAT. Maka dengan itu, pastikan niat kita itu sudah benar-benar kukuh. Kalau ingin menyusukan anak sepenuhnya, teruskan niat itu dan jangan berpaling lagi.. ;) InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dibantu Allah.
  2. Kemudian, setelah berniat, set pemikiran kita. Set our mind that we CAN breastfeed our children in any conditions! Jangan pernah punya fikiran "bagaimana kalau.." Kita harus percaya bahawa kita boleh menyusukan anak kita. Sebenarnya, tidak ada alasan untuk kita tidak memberi anak kita susu ibu. Maka dengan itu, selalu percaya, kita boleh menghadapi rintangan yang mendatang. InsyaAllah. Segala rintangan mental dan fizikal harus kita lalui. Menyusui anak memang banyak halangannya. Sama ada dari orang persekitaran yang tidak begitu tahu tentang khasiat susu ibu dan keburukan susu formula atau juga dari kita sendiri. Syaitan sentiasa menghasut manusia untuk tidak berbuat baik. Menyusui adalah sesuatu yang mulia dan usaha ini pasti mendapat tentangan dari syaitan. Berjuang lah.. ;)
  3. Pasca melahirkan merupakan satu proses penting. Setelah anak dilahirkan, dia perlu disusui serta merta. Maka dengan itu, berbincanglah dengan pihak hospital atau doktor anda bahawa anda mahukan anak anda langsung disusui dan mintalah kamar yang boleh bersama baby agar senang menyusukan. Kalau anda memilih hospital yang 'baby friendly', insyaAllah lebih senang kerana banyak staf yang akan membantu anda untuk menyusui anak anda nanti. (Namun, pengalaman saya, saya terpaksa berjuang keras untuk menyusukan anak saya sendirian kerana saya melahirkan awal pagi, dan tidak ada yang dapat membantu kerana nurse bertukar shift. Lactation kaunselor pulak ada time diaorang datang, dan saya terpaksa tanpa pengalaman bergelut untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah, walaupun sangat penat, saya berjaya!). Apa pun situasi, selalu bersedia dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri biarpun tidak mendapat bantuan (prepare for the worst case). Kalau hospital yang tidak mengamalkan baby friendly, berbincanglah dengan doktor anda dan staf bahawa anda mahu menyusukan anak anda tanpa dicampur susu lain. ;) The choice is in ur hand!
  4. ILMU. Banyakkan lah membaca ilmu tentang breastfeeding. Seperti diri saya sendiri, saya masih lagi bertatih dalam ilmu ini. Saya hanya berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tetapi masih banyak yang perlu saya tahu. Internet, buku, support group banyak membantu kita untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu ini.
  5. Persediaan peribadi: Produk-produk ini bukanlah terlalu diperlukan, tetapi memudahkan dan menyenangkan ibu yang menyusui. Antara barang-barang yang boleh kita persiapkan adalah seperti nursing bra, breast pads, breast pump (carilah breast pump yang bergred hospital), storage bottles, warmer dan beberapa peralatan penyusuan yang lain.
  6. Sokongan suami dan kaum keluarga itu sebenarnya penting. Namun, mungkin kita akan menghadapi berbagai kemungkinan. Kalau saja penentangan itu daripada suami, bersabarlah dan teruskan usaha murni kita sehingga saya pasti, satu hari nanti pasti suami akan sedar hikmah menyusukan anak. Paling tidak, tidaklah kita terpaksa mengeluarkan paling kurang RM40/minggu untuk susu formula. Berbeza dengan kaum keluarga. Kalau terlalu banyak penentangan, bersabar dan cuba tidak terpengaruh dengan apa sahaja nasihat yang mengarah kita untuk tidak menyusui badan. :)
  7. Sebagai penutup, apa pun, sebelum memulakan sesuatu, niat kan lah kerana Allah dan setiap niat yang baik insyaAllah disusuli dengan bantuan Allah walaupun rintangannya besar.
p/s Saya mempunyai beberapa pengalaman yang terpaksa saya harungi demi menyusukan Zara tanpa dicampur susu formula sehingga sekarang. Adik saya juga mengalami beberapa perkara yang harus dia tempuhi demi anaknya. Insya Allah entri yang akan datang, saya ingin sekali berkongsi pengalaman itu.

Ibu-ibu dan bakal ibu, percayalah, anda semua boleh menyusukan bayi anda walaupun banyak rintangan.

Tuesday, March 8, 2011

Breastfeeding - Penyusuan Anak

Bercerita tentang menyusukan anak, saya mempunyai pengalaman sendiri. Dan hari ini, saya mahu berkongsi pengalaman tersebut memandangkan terdapat banyak kelebihan yang didapati apabila seorang ibu itu menyusukan anaknya.

Pada kehamilan saya yang pertama (hamil Zara), saya dan suami tidak pernah terlintas tentang memberi Zara susu apa. Benar-benar tidak ada di fikiran saya langsung tentang jenis penyusuan juga yang perlu saya beri kepada Zara. Not until I gave birth di Hospital Putrajaya. Hospital Putrajaya merupakan salah satu hospital di Malaysia yang fully support breastfeeding. Dari situ saya diberi galakan daripada orang sekeliling untuk menyusukan anak saya. Dan bermula dari situlah, saya bertekad untuk terus menyusukan Zara.

Setelah selamat melahirkan Zara pada jam 3.40 pagi, saya di bawa pulang ke wad. Saya fikir, saya akan dapat berehat setelah penat melahirkan. Tetapi jangkauan saya salah. Saya harus terus berusaha untuk menyusukan bayi mungil saya yang terus-terusan menangis. Huhu. And it was so tiring for me. :( Usaha saya untuk menyusukan Zara masih belum berhasil.

Awal pagi, sekitar jam 7 pagi, Cik Ngah (my cousin's sister) datang untuk melawat saya dan dialah orang yang pertama membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi, tetapi tidak berhasil usaha kami memandangkan Zara melalak tidak berhenti-henti. Frust dan penat sangat..

Walaupun penat dan frust, saya masih berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk Zara. Saya bergelut sendiri di atas katil wad untuk cuba memberi Zara susu dan akhirnya... pada jam 10 pagi, Zara berjaya menghisap colustrum pertamanya dari saya! Alhamdulillah.

Pengalaman Zara menyusukan saya untuk pertama kali ini sampai mati saya tidak dapat lupakan. Kadang-kadang hati saya hiba bila mengenangkannya. Sewaktu Zara menyusu saya waktu itu, dia melihat muka saya dan sepertinya cuba untuk mengenal bundanya. Dia benar-benar memerhatikan setiap sudut muka saya sambil menyusu. Ya Allah, besar nikmat yang Kau berikan ini. Wajah Zara ketika itu sampai sekarang saya tidak dapat lupakan dan sering terbayang di mata saya.

Dan, terjalin lah ikatan kasih sayang antara kami.

Kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu, saya yakin, pengalaman penyusuan yang pertama untuk anak anda merupakan satu momen yang sangat bermakna dan tidak mungkin dilupakan. Saya menyeru, susu kan lah anak anda kerna itu nikmat yang tidak ada bandingannya dengan memberi yang lain selain susu ibu.

p/s hati saya sebak bila mengenang lagi hal ini. Zara, I love u so so so much!!!