Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Sambal Ijo dan Tahu tempe masak santan

Malam semalam saya masak masakan indonesia, masakan kegemaran mas niko. Berselera saya makan walaupun makan sorang-sorang. ;)

Resepi sambel ijo:
10 biji cili besar hijau
3 biji cili padi
3 biji tomato (kalau boleh, tomato hijau, tetapi saya menggunakan tomato biasa)
6 biji bawang merah
3 siung bawang putih
Sedikit belacan

Semua bahan-bahan di atas kecuali belacan di kukus. Setelah itu, di tumbuk dengan belacan. Digoreng dengan menambah sedikit garam dan gula. Hasilnya, enakkk... ;)

Resep tahu tempe masak santan:

Bahan-bahan:
Tahu dan tempe
2 biji kemiri
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit ketumbar
Santan dan sedikit air

Kemiri, bawang merah, bawang putij dan ketumbar ditumbuk. Tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan tahu dan tempe. Masukkan santan dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Jangan lupa ditambah sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. ;)

Zara telah membantu saya menyediakan bawangnya

Terkejut saya melihat dia ada idea plak nak menyusun bawang tu

Bawang yang disusun

Akhirnya, semua bawang yang dikupas disusun semua ke dalam tempat itu. Haih.

Masakan-masak di atas enak dimakan bersama ikan goreng. ;) Selamat mencuba

Carrot Cake Zara

Last two days, saya buat carrot cake, gara-gara semalamnya saya buat jus carrot dan ada lebih carrot parutnya. So, memandangkan bahan-bahan carrot cake ini mudah dan terdapat di dapur, saya pun membuat nya. Tambahan, saya suka carrot cake.

Resipi:

4 biji telur
1 1/4 cawan minyak sayur
2 cawan gula kastor
2 sudu teh vanilla extract / perasa badam (saya menggunakan perasa badam)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh ground cinnamon
3 cawan grated carrot
1 cawan walnut

Cara-caranya:
Pukul telur, minyak, gula dan perasa badam sehingga sebati. Tambahkan baking soda, baking powder, garam dan ground cinnamon. Kemudian, masukkan carrot dan walnut. Bakar!

:) Simple kan?

p/s diinspirasikan dari http://allrecipes.com/Recipe/carrot-cake-iii/detail.aspx

Satrio ikut ke dapur kerna tanak duduk sorang di luar; Zara helping me put in the grated carrot

Frosting cheese on top

Moist carrot cake

Zara with her cake


Oh ya. Terlupa. Jgn lupa letakkan kertas baking di pan sebelum memasukkan adunan. Nanti melekat cake tak dapat keluar dari pan seperti yang saya alami. Akhirnya, cake saya pecah, terpaksa di cover pakai frosting cheese. ;)

Friday, July 1, 2011

My Triple Trifle of the day!

Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custardfruitsponge cake, fruit juice or gelatin, and whipped cream. These ingredients are usually arranged in layers with fruit and sponge on the bottom, and custard and cream on top. (dipetik daripada wikipedia)



trifle ku

trifle ku dr tepi


Kawan-kawan, ternyata membuat trifle ini tidak terlalu susah (yang mana dalam pemikiran saya ianya adalah susah). Apa yang saya lihat menarik, sedaap dan tergoda itu adalah susah untuk membuatnya. Bunyi dan cara-caranya mungkin tertulis agak complicated tetapi ia tidak secomplicated yang difikirkan. Hari ini saya telah berjaya membuat trifle yang kelihatan cantik menarik dan mengiurkan. Jadi, teringinlah saya nak kongsi resepi di sini agar siapa yang rajin boleh lah membuatnya dan siapa yang malas, saya boleh tolong buat kan. :)


Cara-caranya:
Lapisan pertama
1) Tabur kiub kuih sponge. Kuih sponge ini boleh diganti dengan kuih swiss roll, sama ada nak potong kiub atau bulat, tergantung selera. 
sponge cake yang dipotong kiub, dilapisi setengah jem straberi diatasnya

Lapisan kedua
1) Kemudian, sapukan atau tuangkan jem straberi ke atas cake yang telah di potong kiub tadi. (jem straberi ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di kedai menjual barangan cake. Kalau beli jem biasa, terlalu manis)
Cara-cara membuat jem straberi:
Masakkan 25biji straberi ke dalam 4 cawan air gula. Masukkan 2 sudu tepung jagung yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu bagi melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes straberi yang boleh didapati di kedai menjual barangan kek. (dipetik daripada resipi nani rostam)

Jem straberi dituangkan di atas kek yang dipotong kiub


Lapisan ketiga:
1) Susun buah straberi di sekeliling bowl dan di atas jem.

Buah straberi disusun ditepi dan atas jem. Tetapi gambar ini setelah jeli dituang. So, this photo is valid untuk langkah dibawah juga
 
2) Masakkan jeli (saya gunakan Konyaku jeli) dan tuangkan diatas susunan straberi tadi.


Konyaku jeli, dimasak dan ditambah dengan straberi pes

Straberi pes yang dimaksudkan
Lapisan ke-empat
1) Tuangkan buah cocktail yang di dalam tin ke atas lapisan jeli.
2) Tuangkan kuah kastad ke atas buah koktail tadi.
Cara membuat kuah kastad:
Masakkan satu tin susu sejat cair dengan lima sudu makan gula dan dua sudu makan tepung kastad yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Sehingga pekat dan tuangkan keatas buah koktail tadi.

Lapisan ke-lima
1) Taburkan kacang walnut ke atas lapisan kastad.
2) Lapiskan dengan whipped cream.
3) Sisa jelly tadi bolehlah dituang ke atas lapisan cream dan hiaslah dengan buah atau apa sahaja di atas trifle anda. (Kalau jelly sudah keras, cairkan dengan memanaskannya lagi)

4) Chill kan trifle dipeti sejuk selama semalam dan boleh dimakan keesokannya kalau tahan nafsu nak makan.


Lapisan kastad yang akan ditaburkan kacang diatasnya seterusnya whipped cream

krim putar yang saya gunakan

p/s saya tak sempat ambil gambar langkah seterusnya. ;) Selamat mencuba atau mengorder!!! ;)
trifle yang ni first time buat dan kuah kastad tak berapa pekat. So, perlu tambahkan 2 sudu tepung untuk melikatkan lagi kuah kastad nya.

Sunday, June 26, 2011

Mi Goreng ala Mamak

Ema hari Sabtu tu teringin nak makan mi goreng sampai sanggup tak nak makan subway. Tetapi, terpaksa tak makan mi goreng dan makan subway sebab takde masa beli mi goreng. Hmm..kesian aku tgk mak buyong ngidam mi goreng, so hari ni aku pun cuba pertama kalinya menggoreng mi khas untuk ema.

Resepi:
Bahan-bahan

minyak goreng untuk menumis
bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk dengan cili padi
cili boh giling
sos cili
kicap masin
kicap manis
oyster sos
udang dan ayam
telur 3 biji
mi kuning 2 bungkus
sayur sawi
tomato
sayur taugeh
tauhu

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang yang ditumbuk dengan cili padi. Kemudian, tambahkan cili boh dan sos cili. Tunggu sehingga minyak naik. 
  2. Masukkan udang dan ayam dan tauhu. Tunggu sehingga masak.
  3. Masukkan kicap masin, manis dan oyster sos.
  4. Masukkan mi. Tambah sedikit kicap manis lagi (jika masih kurang kelihatan warna hitam).
  5. Masukkan telur satu persatu. 
  6. Masukkan sawi dan tomato.
  7. Akhir sekali masukkan taugeh.
Sedaaappp. Tapi Zara makan udang je. :(

Sunday, March 20, 2011

Baking All-in-one Quiche ala Chef Fayzah

Today, i had breakfast kuah kacang and nasi pulut that my mom cooked early morning. Then, everybody are off to somewhere, left me and my family (Niko, Zara) plus mbak. So, rasa malas to cook nasi and just eat whatever we had on the table. Mak came back with donut and mihun at 12pm. Jadi, nak masak tambah malas. Tetapi, kerana nafsu makan saya sebagai mak buyung tidak berhenti, saya pun google resipi pai. Tetapi, akhirnya end up kepada resipi Quiche.

This recipe Quiche saya ubah sikit-sikit.

Resipi All-In-One Quiche Ala Fayzah:
Kulit pai:
Tepung gandum/all purpose 1 1/2 cup
Garam sedikit
Air sejuk 3 sudu
Butter 115 gram

Inti Quiche:
Sayur bayam dipotong halus
Tomato dipotong dadu
Ayam dipotong dadu
Mushroom shitake
1 biji bawang kuning/besar dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang
Olive oil/butter
Cheddar cheese

___________________________________

Telur ayam 3 biji
Kuning telur 2 biji
Cream cheese 100gram
Pepper
Nutmeg
Salt

Cara-caranya:
1) Untuk kulit pai, siapkan tepung dicampur sedikit garam, butter (mesti sejuk) dan air digaul menggunakan tangan. Doh nya disimpan didalam peti sejuk.

2) Inti yang pertama digoreng. Siapkan kuali, panaskan olive oil, masukkan bawang besar, dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan ayam, dimasak sehingga masak. Kemudian, masukkan sayuran dan setelah agak layu, masukkan cheese. Tutup api, biarkan sejuk.

3) Pukul telur ayam dan kuning telur bersama cream cheese. Masukkan pepper, salt dan nutmeg dan dipukul lagi.

4) Keluarkan doh dari peti ais, diratakan diatas acuan pai. Masukkan inti pertama yang telah digoreng, kemudian, inti yang kedua.

5) Bakarlah selama 45 minit.

Sekian untuk resipi kali ini. Selamat mencuba!