Wednesday, June 22, 2011

Seorang ibu - Post khas untuk para ibu rumahtangga

Menjadi seorang ibu dan suri rumahtangga sepenuh masa bukan bermaksud kita tidak mempunyai profesi. Ini adalah tanggungjawab kita yang harus kita pikul dengan mengambil tugas ini sebagai satu profesi seperti kalau kita bekerja dan mempunyai profesi lain contohnya guru, akauntan dan sebagainya.

Seperti saya, setelah 2 tahun menjadi seorang ibu, saya baru tersedar dari keindahan alam mempunyai bayi kecil yang melalaikan saya tentang tanggungjawab.(my bad)

2 tahun saya lalai dalam kecomelan, kepintaran dan kelucuan Zara sampai saya lupa apa yang harus saya bekalkan kepada anak lucu ini apabila dewasa nanti. Tidak mengapa, masih belum terlambat (memujuk hati yang bersedih).

Alhamdulillah, Allah masih memberi saya peluang untuk membesarkan anak-anak supaya InsyaAllah menjadi anak yang soleh dan solehah. Allah telah menggerakkan hati saya untuk terbuka membimbing mereka dan sedar bahawa saya sebenarnya mempunyai profesi dan bayarannya adalah pahala. InsyaAllah.

Maka dengan itu, sejak habis pantang anak kedua kemarin, saya sudah mula merancang masa depan anak-anak dan saya sedang dalam persediaan untuk mendidik mereka. Sekarang, setiap malam setelah anak-anak tidur, saya merancang apa yang akan dibuat untuk esoknya. Aktiviti apa yang akan dilakukan bersama anak-anak? Saya Google. Saya tulis dibuku 'persediaan mengajar' saya untuk anak-anak saya. I make it all written and organized. Saya tulis dan rancang apa yang perlu dimasak untuk anak-anak. Apa yang saya boleh prepare malam itu, saya prepare, either masakan atau permainan untuk besoknya. Supaya besok, apabila anak-anak telah bangun tidur, saya tidaklah terkocoh-kocoh menyediakan barang-barang dan waktu pun terbuang tanpa menjalankan aktiviti yang dirancang.

Pada malam hari, setelah anak-anak tidur, saya akan memikirkan aktiviti yang akan dilakukan esoknya untuk anak-anak. Saya persiapkan barang-barang untuk aktiviti. Kemudian, memotong atau menyiapkan masakan yang akan dimasak untuk hari esok supaya esok tinggal masak. Saya siapkan baju anak-anak untuk dipakai besok. Saya siapkan air di bak mandi, siapkan air untuk dimasak esok pagi untuk mandi.

Setelah anak-anak tidur, barulah saya menyapu rumah, mengemop, cuci pinggan dan mencuci baju. Namun, tetap pagi-pagi saya menyapu rumah bersama Zara. Dan mengajar dia, sewaktu saya menyapu, dia harus duduk di sofa. Pagi-pagi saya menjemur baju bersama Zara, mengajar dia menjemur baju. Tengahari masak, Zara juga ikut main masak-masak di dapur. Sambil itu, saya akan membuka TV, mainkan youtube anak-anak belajar mengaji. Saya sudah tidak menyajikan rancangan lain selain belajar mengaji dan ayunan ayat al-quran buat anak-anak. Kemudian, menjalankan aktiviti bermain bersama Zara seperti yang telah dirancangkan. Masa untuk cuddle-cuddle bersama anak-anak dan tidur siang. Makan sore, sama ada di taman atau sambil menonton belajar mengaji. Mandi anak-anak. Selepas isya', masa Zara untuk mengaji dan setiap selesai, Zara diberi reward ais krim atau gula-gula ataupun coklat.

Begitulah setiap hari pekerjaan seorang ibu. Namun, harus penuh kreativiti, dan tidak membosankan. Akitviti atau makanannya harus setiap hari berbagai dan berbeza dengan hari sebelumnya. Zara nakal? Tidak mendengar arahan? Ya, hukuman, dikurung! Kejam bukan? Namun, demi mengajar anak supaya taat pada kata orang tuanya, saya tega.

Kadang-kadang saya stress dan tidak tahu mahu buat apa. Namun, sekarang saya lebih teratur. Saya ada buku persediaan mengajar Zara dan Satrio. Saya ada buku persediaan sendiri juga. Saya perlu manage anak-anak, suami, rumah dan uang.

Suami? Yang penting makannya terjaga. Baju? Saya pinjam pembantu adik saya setiap minggu untuk mengurus dan menyeretika baju kami. Kemudian, setiap kali suami dirumah, saya cuba untuk selalu kelihatan cantik. :)

Disiplin anak-anak saya cuba terapkan dengan waktu makan, waktu mengaji dan waktu mandi. Kami telah menetapkan baju yang cantik untuk makan malam bersama-sama.

Waktu berlalu dan anak-anak membesar. Jangan terlambat mendidik mereka. RUGI! Saya punya target sendiri untuk anak-anak saya. Dan usaha untuk ke arah itu haruslah FULL, jangan setengah-setengah! InsyaAllah berhasil.

p/s Buat ibu-ibu diluar sana, anggaplah kita iburumahtangga ini bekerja dan harus bekerja dengan sangat baik untuk membentuk sahsiah anak yang baik. Bagi ibu yang bekerja, anggap pekerjaan anda itu part time dan kerja dengan anak adalah yang harus dititik beratkan. Demi masa depan anak dan masa depan akhirat kita.

2 comments:

  1. heloo my friend...dapat tahu blog u terus folow hehe...agree with u deer...nice blog here ;)

    ReplyDelete
  2. hello bit..as for me, i am ur silent reader. hehe. byk info from ur blog. jom sama-sama kita kerja jaga anak sampai berjaya! :)

    ReplyDelete