Wednesday, March 16, 2011

Persediaan menyusukan anak


Salam.
Walaupun saya berpengalaman selama hampir 2 tahun menyusukan Zara, tetapi, ternyata masih banyak yang tidak saya tahu tentang penyusuan anak. Ini kerana, saya beruntung kerana menyusukan Zara atas galakan hospital dan kesedaran itu baru timbul setelah melahirkan dan tidak mungkin menyusukan Zara dengan apa-apa susu formula atau selain susu ibu. Saya juga tidak pernah memikirkan untuk memberi Zara susu apa setelah dia dilahirkan, even susu ibu pun saya tidak terfikir. Jahil.. ;)

Sekarang, untuk menyambut anak kedua, saya perlu membuat banyak persiapan mental, fizikal terutamanya dan mungkin sedikit peralatan untuk penyusuan. Memandangkan saya mahu anak yang kedua ini juga mendapat susu ibu sepenuhnya dan juga saya tetap mahu Zara selalu menyusui saya sehingga lah dia sendiri yang tidak mahu. Saya mahu punya suplai susu yang BANYAKKKK dan susu itu nanti boleh lah saya pakai untuk memberikan kepada bayi-bayi saya kalau diperlukan atau digunakan untuk memasak makanan Zara yang memerlukan susu (daripada menggunakan susu jenis lain, saya prefer susu ibu). Sudah pasti.. ;)

Maka dengan itu, saya telah membuat beberapa research (bacaan) dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu bagaimana persediaan sebelum penyusuan dijalankan. Apa yang perlu saya tahu?

  1. Sebelum melahirkan, tanya kepada diri sendiri, apakah kita mahu menyusukan anak kita dengan susu ibu? Fully breastfeed? Atau kerana suka-suka? Ikut orang? Cuba-cuba? Sebelum menjalankan sesuatu pastilah dimulai dengan NIAT. Maka dengan itu, pastikan niat kita itu sudah benar-benar kukuh. Kalau ingin menyusukan anak sepenuhnya, teruskan niat itu dan jangan berpaling lagi.. ;) InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dibantu Allah.
  2. Kemudian, setelah berniat, set pemikiran kita. Set our mind that we CAN breastfeed our children in any conditions! Jangan pernah punya fikiran "bagaimana kalau.." Kita harus percaya bahawa kita boleh menyusukan anak kita. Sebenarnya, tidak ada alasan untuk kita tidak memberi anak kita susu ibu. Maka dengan itu, selalu percaya, kita boleh menghadapi rintangan yang mendatang. InsyaAllah. Segala rintangan mental dan fizikal harus kita lalui. Menyusui anak memang banyak halangannya. Sama ada dari orang persekitaran yang tidak begitu tahu tentang khasiat susu ibu dan keburukan susu formula atau juga dari kita sendiri. Syaitan sentiasa menghasut manusia untuk tidak berbuat baik. Menyusui adalah sesuatu yang mulia dan usaha ini pasti mendapat tentangan dari syaitan. Berjuang lah.. ;)
  3. Pasca melahirkan merupakan satu proses penting. Setelah anak dilahirkan, dia perlu disusui serta merta. Maka dengan itu, berbincanglah dengan pihak hospital atau doktor anda bahawa anda mahukan anak anda langsung disusui dan mintalah kamar yang boleh bersama baby agar senang menyusukan. Kalau anda memilih hospital yang 'baby friendly', insyaAllah lebih senang kerana banyak staf yang akan membantu anda untuk menyusui anak anda nanti. (Namun, pengalaman saya, saya terpaksa berjuang keras untuk menyusukan anak saya sendirian kerana saya melahirkan awal pagi, dan tidak ada yang dapat membantu kerana nurse bertukar shift. Lactation kaunselor pulak ada time diaorang datang, dan saya terpaksa tanpa pengalaman bergelut untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah, walaupun sangat penat, saya berjaya!). Apa pun situasi, selalu bersedia dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri biarpun tidak mendapat bantuan (prepare for the worst case). Kalau hospital yang tidak mengamalkan baby friendly, berbincanglah dengan doktor anda dan staf bahawa anda mahu menyusukan anak anda tanpa dicampur susu lain. ;) The choice is in ur hand!
  4. ILMU. Banyakkan lah membaca ilmu tentang breastfeeding. Seperti diri saya sendiri, saya masih lagi bertatih dalam ilmu ini. Saya hanya berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tetapi masih banyak yang perlu saya tahu. Internet, buku, support group banyak membantu kita untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu ini.
  5. Persediaan peribadi: Produk-produk ini bukanlah terlalu diperlukan, tetapi memudahkan dan menyenangkan ibu yang menyusui. Antara barang-barang yang boleh kita persiapkan adalah seperti nursing bra, breast pads, breast pump (carilah breast pump yang bergred hospital), storage bottles, warmer dan beberapa peralatan penyusuan yang lain.
  6. Sokongan suami dan kaum keluarga itu sebenarnya penting. Namun, mungkin kita akan menghadapi berbagai kemungkinan. Kalau saja penentangan itu daripada suami, bersabarlah dan teruskan usaha murni kita sehingga saya pasti, satu hari nanti pasti suami akan sedar hikmah menyusukan anak. Paling tidak, tidaklah kita terpaksa mengeluarkan paling kurang RM40/minggu untuk susu formula. Berbeza dengan kaum keluarga. Kalau terlalu banyak penentangan, bersabar dan cuba tidak terpengaruh dengan apa sahaja nasihat yang mengarah kita untuk tidak menyusui badan. :)
  7. Sebagai penutup, apa pun, sebelum memulakan sesuatu, niat kan lah kerana Allah dan setiap niat yang baik insyaAllah disusuli dengan bantuan Allah walaupun rintangannya besar.
p/s Saya mempunyai beberapa pengalaman yang terpaksa saya harungi demi menyusukan Zara tanpa dicampur susu formula sehingga sekarang. Adik saya juga mengalami beberapa perkara yang harus dia tempuhi demi anaknya. Insya Allah entri yang akan datang, saya ingin sekali berkongsi pengalaman itu.

Ibu-ibu dan bakal ibu, percayalah, anda semua boleh menyusukan bayi anda walaupun banyak rintangan.

No comments:

Post a Comment