Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Peribadi Sepanjang Menyusukan Zara: Episode 1

Bismillahirahmanirahim.
Saya telah membuat banyak survey tentang kesedaran menyusui anak menggunakan ASI (Air Susu Ibu). Di Indonesia, sudah terdapat asosiasi yang menyokong pergerakan ini. Tetapi, masih banyak orang yang masih tidak tahu tentang kebaikannya. Mungkin dia tahu, tetapi cepat berputus asa. Okay, saya mempunyai niat sendiri untuk menyokong pergerakan ini. Banyak orang di lingkungan saya kurang aware tentang kebaikan ASI atau juga kurang yakin dengan diri sendiri. Maka dengan itu, saya berusaha untuk memberikan kesedaran itu kepada lingkungan saya. ;) Pada peringkat permulaan ini, apa yang boleh saya kongsikan bersama adalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.

Pengalaman 1
Alhamdulillah, saya telah digerakkan hati untuk melahirkan di hospital Putrajaya. Salah satu hospital yang rakan bayi di Malaysia. Saya dan suami saya pada awalnya tidak tahu tentang kebaikan susu ibu dan tidak aware untuk memberikan bayi kami susu apa. Namun, kerana saya melahirkan di hospital rakan bayi, saya didedahkan kepada penyusuan anak menggunakan air susu ibu.

Setelah berjuang selama 3 jam untuk melahirkan Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum, saya merasa amat penat dan letih sekali. Apa yang menggembirakan di hati saya "Alhamdulillah, lepas ni boleh lah tido.. " Namun, ternyata perjuangan saya bukanlah setakat itu. Setelah Zara dibersihkan, saya langsung disuruh untuk coba menyusuinya. Tidak berjaya.

Tiba di wad, jam sudah menunjukkan hampir jam 6 pagi. Staf nurse waktu itu sedang mahu bertukar shift. Tidak ada seorang pun yang datang membantu saya. Kecuali ada seorang nurse, itu pun dengan tergesa-gesa. Akhirnya, tinggallah saya dan bayi saya yang menangis mahukan susu.

Selepas itu, saya dikunjungi oleh kakak sepupu saya. Seawal 7 pagi. Dia cuba membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi masih juga gagal. Aduh, penatnya. Akhirnya, tinggal saya sendiri lagi berusaha untuk menyusukannya.

Akhirnya, pada jam 10am, saya berjaya memberi Zara susu pertamanya dan itu adalah kenangan yang PALING INDAH yang pernah saya lalui. Sewaktu Zara menyusu, dia tidak lepas memerhatikan setiap sudut muka saya seperti pengen mengenal bunda nya. And i enjoyed that moment so much by myself.

Sempat saya menelefon suami saya yang sedang menunggu di surau menyatakan saya telah berjaya menyusukan Zara. Suami saya tidak dapat menemani saya memandangkan waktu melawat adalah pada jam 12 siang. :(

Perjuangan yang berliku-liku, apabila akhirnya berjaya memberikan buah yang sangat manis. Makanya, para ibu, jangan pernah berputus asa.

Walaupun kita memilih untuk melahirkan di hospital rakan bayi, kita harus sentiasa bersedia untuk cuba menyusukan anak kita kalau tidak mendapat bantuan.

Sekian, sehingga ke episode seterusnya.

No comments:

Post a Comment