Tuesday, July 12, 2011

Sambal Ijo dan Tahu tempe masak santan

Malam semalam saya masak masakan indonesia, masakan kegemaran mas niko. Berselera saya makan walaupun makan sorang-sorang. ;)

Resepi sambel ijo:
10 biji cili besar hijau
3 biji cili padi
3 biji tomato (kalau boleh, tomato hijau, tetapi saya menggunakan tomato biasa)
6 biji bawang merah
3 siung bawang putih
Sedikit belacan

Semua bahan-bahan di atas kecuali belacan di kukus. Setelah itu, di tumbuk dengan belacan. Digoreng dengan menambah sedikit garam dan gula. Hasilnya, enakkk... ;)

Resep tahu tempe masak santan:

Bahan-bahan:
Tahu dan tempe
2 biji kemiri
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit ketumbar
Santan dan sedikit air

Kemiri, bawang merah, bawang putij dan ketumbar ditumbuk. Tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan tahu dan tempe. Masukkan santan dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Jangan lupa ditambah sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. ;)

Zara telah membantu saya menyediakan bawangnya

Terkejut saya melihat dia ada idea plak nak menyusun bawang tu

Bawang yang disusun

Akhirnya, semua bawang yang dikupas disusun semua ke dalam tempat itu. Haih.

Masakan-masak di atas enak dimakan bersama ikan goreng. ;) Selamat mencuba

Baking biscuits with Zara

Mencampurkan adunan

Bergaya je ni..

Mula membuat biskut tapi banyak Zara buat tak jadi.

Tambah chocolate chip on top. Tapi, banyaknya, makan chip tu

Tak banyak Zara buat sebab leka makan chip


Tu dia, jumpa gula. Tinggal biskut

Agak hangus tapi sedap. Hangus gara-gara mengawasi Zara di dapur, lupa yang dibakar

Me and my first biscuits i bake!
Zara makin hari makin menaikkan darah saya. Huhu. Setiap kali habis solat saya selalu berdoa agar diberi kesabaran menghadapi anak-anak. Semalam, saya bercadang baking biscuits dengan Zara to occupy her. She seems excited. Tetapi hasilnya, saya lihat Zara ini anak yang cepat bosan. Sekejap je excited. Tapi, boleh lah, pengenalan aktiviti kepada Zara.

Carrot Cake Zara

Last two days, saya buat carrot cake, gara-gara semalamnya saya buat jus carrot dan ada lebih carrot parutnya. So, memandangkan bahan-bahan carrot cake ini mudah dan terdapat di dapur, saya pun membuat nya. Tambahan, saya suka carrot cake.

Resipi:

4 biji telur
1 1/4 cawan minyak sayur
2 cawan gula kastor
2 sudu teh vanilla extract / perasa badam (saya menggunakan perasa badam)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh ground cinnamon
3 cawan grated carrot
1 cawan walnut

Cara-caranya:
Pukul telur, minyak, gula dan perasa badam sehingga sebati. Tambahkan baking soda, baking powder, garam dan ground cinnamon. Kemudian, masukkan carrot dan walnut. Bakar!

:) Simple kan?

p/s diinspirasikan dari http://allrecipes.com/Recipe/carrot-cake-iii/detail.aspx

Satrio ikut ke dapur kerna tanak duduk sorang di luar; Zara helping me put in the grated carrot

Frosting cheese on top

Moist carrot cake

Zara with her cake


Oh ya. Terlupa. Jgn lupa letakkan kertas baking di pan sebelum memasukkan adunan. Nanti melekat cake tak dapat keluar dari pan seperti yang saya alami. Akhirnya, cake saya pecah, terpaksa di cover pakai frosting cheese. ;)

Saturday, July 9, 2011

From bunda to ayah: Miss you

Assalamualaikum mas. Sudah makan? Update bunda?

  • I hardly have time to even drink water, pasti selalu lupa dan tidak berkesempatan. Di saat inilah selalu kangen sama mas yang suka bawakan dinda minum.
  • I don't even have time to comb my hair. But anyway, u know i seldom comb my hair. Hehe.
  • I am now know how to make trifle. :)
  • Always wishing to have time for massaging.
  • Jamu bunda belum habis. Nanti mas pulang pengen minum lagi. Plus, tapel. Ga ada yang napalin dinda. Huhu. Plus, pakai stagen. Biar singset lagi! :)
  • Everytime bunda ke rumah mak baru bunda berkesempatan mandi shampoo rambut dan berehat. :)
  • Early August i have appointment with Dr. Alin. For the data review. You will go with me ok? :)
  • Last but not least, I always miss you. Me and our two kids. We'll wait for you.
p/s take care. I am planning to cut my hair tomorrow.

having my good time with adek and kecik at sushi king while Zara at nenek's hse

My dinner 

From Zara to ayah: Assalamualaikum ayah..

Ayah, ini update Zara. Khas buat ayah. Zara sekarang sudah mula mengaji, ayah.. Sudah sampai huruf shin tetapi Zara masih keliru huruf dal dan zal, huruf ha, kho dan jim.

Zara sudah pinter dengar cakap bunda. Zara bantu bunda beres dan bersih rumah. Zara habis main pasti bantu beresin.

Zara bantu jaga adik sewaktu bunda mandi.

Zara sudah mau sikat gigi.

Zara kangen sama ayah.

Ini photo Zara buat tatapan ayah.

Zara enjoying bunda's spaghetti

Mmmm....beginilah Zara makan spaghetti, ayah!

Hingga menjilat jari

Enaaakkkk...

Enak, kan? :)

Zara riding jusco's new trolley

Eh, somebody is at the back!

Reverse dulu, ah..

Zara doing my painting

Cantik kan lukisan Zara, ayah?

Zara helped bunda in the kitchen

Karipap is otw!!!
Bye, ayah.. Can't wait to see you.

Love, 
Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum

Zara's first baju kurung by Bunda

Hari dulu, pernah mak lang (mak faidrol), ema's in law ajar buat baju kurung. So, yesterday saya coba lah menggunting kain berdasarkan contoh bersama sepupu saya, Saleema atau nama manjanya kecik. Hehe.

Hasilnya, memuaskan bagi saya. Tetapi pasti jauhhhhhhhh lebih jelek dr yang lain. Boleh lah, untuk first timer macam saya kan? :)



p/s nanti kalau dah terer sikit boleh lah saya share cara2 nya ya.. :)

Friday, July 8, 2011

From Satrio to ayah: How are you ayah?






Ayah, i miss u...


Update untuk tatapan ayah yang jauh di mata

Post yang kali ini dituju khas untuk suami ku yang jauh di mata tetapi selalu dekat di hati kami. :) I know u r reading this. Miss u lots.

Okay. As I told you before, we went to Daffa's 3rd birthday bash. And i only managed to snap these since i was busy eating laksa jakarta, mi goreng jawa, sate ayam and cakes.

Anak bujang ai menjelir lidah

Birthday boy tak nampak pulak, terlindung oleh Zara


After the birthday celebration, balik rumah mak and ada cousin, adik kak wen, abang ani di rumah dengan family. That was the first time i met the kids. :)

Ada kelibat Ema putting Faryal for the photography session

The Cousins
Then mak did mentioned to us that Rozain (aunt ana's eldest son) is admitted at the hospital due to muntah-muntah. So, i made the initiative to visit him since the hospital is not far from our place. By the time we get there, Rozain was having his dinner and we had chit chat for few minutes.
Dr. Rozain admitted, satrio terlentok pulak..hehe
Together visiting the doctor, Saleema and Emma




After maghrib, selepas balik dari melawat Rozain, kami berjanji dengan aunt ana for dinner di pizza hut bangsar. So, we had our dinner together with uncle din, jojo, mak, ayah, Ema and her baby, and kecik. :) Thanx jojo for the dinner.


The Opah and Nenek in d house!

The babies in d house!

Bapak-bapak yang hadir

Sama biru

Faryal "Where's my mom?"


'
Ada pun mak hang faryyal.. :)

And we finished the meal, licin...huhu...berkat rezeki jojo. Akak doakan jojo akan terus menggapai kemajuan dalam berkerjaya. Amin.










Friday, July 1, 2011

My Triple Trifle of the day!

Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custardfruitsponge cake, fruit juice or gelatin, and whipped cream. These ingredients are usually arranged in layers with fruit and sponge on the bottom, and custard and cream on top. (dipetik daripada wikipedia)



trifle ku

trifle ku dr tepi


Kawan-kawan, ternyata membuat trifle ini tidak terlalu susah (yang mana dalam pemikiran saya ianya adalah susah). Apa yang saya lihat menarik, sedaap dan tergoda itu adalah susah untuk membuatnya. Bunyi dan cara-caranya mungkin tertulis agak complicated tetapi ia tidak secomplicated yang difikirkan. Hari ini saya telah berjaya membuat trifle yang kelihatan cantik menarik dan mengiurkan. Jadi, teringinlah saya nak kongsi resepi di sini agar siapa yang rajin boleh lah membuatnya dan siapa yang malas, saya boleh tolong buat kan. :)


Cara-caranya:
Lapisan pertama
1) Tabur kiub kuih sponge. Kuih sponge ini boleh diganti dengan kuih swiss roll, sama ada nak potong kiub atau bulat, tergantung selera. 
sponge cake yang dipotong kiub, dilapisi setengah jem straberi diatasnya

Lapisan kedua
1) Kemudian, sapukan atau tuangkan jem straberi ke atas cake yang telah di potong kiub tadi. (jem straberi ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di kedai menjual barangan cake. Kalau beli jem biasa, terlalu manis)
Cara-cara membuat jem straberi:
Masakkan 25biji straberi ke dalam 4 cawan air gula. Masukkan 2 sudu tepung jagung yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu bagi melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes straberi yang boleh didapati di kedai menjual barangan kek. (dipetik daripada resipi nani rostam)

Jem straberi dituangkan di atas kek yang dipotong kiub


Lapisan ketiga:
1) Susun buah straberi di sekeliling bowl dan di atas jem.

Buah straberi disusun ditepi dan atas jem. Tetapi gambar ini setelah jeli dituang. So, this photo is valid untuk langkah dibawah juga
 
2) Masakkan jeli (saya gunakan Konyaku jeli) dan tuangkan diatas susunan straberi tadi.


Konyaku jeli, dimasak dan ditambah dengan straberi pes

Straberi pes yang dimaksudkan
Lapisan ke-empat
1) Tuangkan buah cocktail yang di dalam tin ke atas lapisan jeli.
2) Tuangkan kuah kastad ke atas buah koktail tadi.
Cara membuat kuah kastad:
Masakkan satu tin susu sejat cair dengan lima sudu makan gula dan dua sudu makan tepung kastad yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Sehingga pekat dan tuangkan keatas buah koktail tadi.

Lapisan ke-lima
1) Taburkan kacang walnut ke atas lapisan kastad.
2) Lapiskan dengan whipped cream.
3) Sisa jelly tadi bolehlah dituang ke atas lapisan cream dan hiaslah dengan buah atau apa sahaja di atas trifle anda. (Kalau jelly sudah keras, cairkan dengan memanaskannya lagi)

4) Chill kan trifle dipeti sejuk selama semalam dan boleh dimakan keesokannya kalau tahan nafsu nak makan.


Lapisan kastad yang akan ditaburkan kacang diatasnya seterusnya whipped cream

krim putar yang saya gunakan

p/s saya tak sempat ambil gambar langkah seterusnya. ;) Selamat mencuba atau mengorder!!! ;)
trifle yang ni first time buat dan kuah kastad tak berapa pekat. So, perlu tambahkan 2 sudu tepung untuk melikatkan lagi kuah kastad nya.