Friday, May 27, 2011

Mati

Bismillahirahmanirahim.
Sudah lama rasanya tidak menulis. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak ke dua saya pada 29 April 2011, sebulan yang lalu. Kerna kesibukan mengurus dua anak dan kerna sedang di dalam keadaan berpantang, kurang waktu saya untuk menulis dan mengupdate. Ditambah lagi dengan tesis. Tapi sekarang, alhamdulillah, sudah dapat adaptasi diri untuk mempunyai 2 anak. :)

InsyaAllah, ada kelapangan nanti, saya ingin berkongsi pengalaman saya melahirkan anak kedua. Ingin juga berkongsi jamu apa saya minum selepas melahirkan dan banyak lagi.

Tapi sekarang, saya ingin berkongsi kesedihan dengan tragedi tanah runtuh di hulu langat pada 21 Mei yang lepas. Dunia ini kecil.

"Ayahnya setiap hari menyambut kelahiran dan nyawa baru di dunia ini hari ini harus menghadapi ujian dari Allah yang mana anaknya terlibat dalam kejadian tanah runtuh ini." Takziah buat Dr. Hazim dan keluarga serta buat keluarga mangsa yang lain.

Dr. Hazim adalah dr yang menyambut kelahiran anak ke dua saya. Kejadian tanah runtuh itu telah meragut nyawa anak ke3 nya, Wan Ahmad Hasril yang berusia 11 tahun. Bagaimanalah hiba hati seorang ibu dan bapa yang mengetahui anaknya telah pergi. Ya, itulah ujian Allah buat orang-orang yang beriman.

Hal ini selalu membuatkan saya semakin ingat bahawa setiap hari umur kita semakin singkat.

Beribadahlah.

Astaghfirullah.

p/s i got a video di youtube seputar pengebumian anak-anak ini. Terlihat Dr. Hazim dan keluarganya menatap wajah anaknya kali terakhir. Semoga mereka kuat dan percaya anak adalah pembuka pintu syurga buat orang tuanya.