Sunday, June 19, 2011

4th Anniversary's Cake from Mak

Cheese Cake For The Anniversary

Zara can't wait to eat the icing

Chicken Tortilla for the dinner (intinya)

Mak dengan murah hati menghadiahkan kami kek sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. Cake ditempah khas dari kak Timah, far from Miri. Enak buanget, homemade! Saya telah menambahkan seri kek dengan membuat tulisan icing "Happy 4th Anniversary" di kek tersebut.

Sebelum menerima kek tersebut, saya sedang berkira-kira hendak membeli kek tetapi tidak jadi. Alhamdulillah, ada juga kek datang.. :)

p/s Hari ini 20jun 2011, happy birthday to my husband dan selamat ulangtahun perkahwinan kepada bapak dan ibu mertua saya di jogja. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

Oh ya! Malam anniversary itu teringin nak makan kat chilli's tapi memandangkan bersama anak kecil, saya cobalah memasak ala chilli's. hehe

Thursday, June 9, 2011

Zara's 2nd Birthday

Salam.
Birthday celebration. As for me, I do appreciate birthday and for me, there's no harm of celebrating it. But, in my family (my big family), we do celebrate birthday but only us who celebrate it. No friends invited or no party. Except once, when mak is over to Edinburgh, Ema is celebrating her 8th birthday with friends at our house, organized by ayah. I guess, itu salah satu cara ayah menghibur kami kerna jauh dari mak.

Back to birthday celebration. Why I do appreciate birthday? At least I know that I am older from day to day and I should appreciate everything I have before I lose it. Kadang-kadang manusia kurang ingat kalau tidak dingatin. Plus, kalau birthday anak-anak, I love to celebrate because maybe sometimes we need a family ocassion to celebrate of. Ya, sekarang mungkin merasa tidak perlu memandangkan kami masih belum sibuk dengan kerjaya masing-masing, tetapi, satu hari nanti,dikala sibuk, hari-hari seperti inilah yang mungkin boleh mengeratkan kita sekeluarga. Ini juga alasan untuk kita berbagi. Yah, sekadar untuk mencari alasan untuk bersama, mendapat hadiah dan bergembira bersama. Hari yang mungkin lebih dari hari biasa. Birthday ini secara peribadi, merupakan kenangan seorang ibu yang tidak terlupakan.

As for my husband, he don't like birthday celebration. Terus terang, masih belum jelas kenapa. Walaupun sudah diterangkan kepada saya kenapa. Tidak mengapa, setiap orang punya pola fikiran dan pandangan masing-masing tentang kehidupan. Saya hargai dan hormati prinsip dia untuk tidak menyambut ulangtahun. Katanya, yang hanya dia celebrate adalah wedding anniversary kami. Okay. Tidak mengapa.

Kesimpulannya, tidak ada birthday party atau celebration untuk Zara.

Tetapi, kerna rezeki Zara murah, nenek telah menghadiahkan Zara buku dan boneka elmo untuk Zara serta buku Pooh. Besoknya, datang Kak Su membawa cupcake cartoon sesame street untuk Zara dan dapatlah hadiah beg dari Mok teh. Rezeki tidak ditolak. Semoga satu hari nanti Zara tahu menghargai nyawa yang telah diberikan.

Amin.
Selamat Ulangtahun Ke-2 buat anakku Zara. Cepat rasanya waktu berlalu. Kenangan melahirkan kamu masih jelas diingatan. Bunda tahu, semakin hari Zara akan terus membesar dan bunda selalu berdoa agar Zara menjadi muslimah yang taat pada perintah Allah, taat pada orang tua mu, menjadi kakak terbaik untuk adik-adik dan bunda percaya, Zara akan selalu mendoakan ayah dan bunda sewaktu kami sudah tidak ada nanti. Amin amin amin... Selamat ulangtahun sayang. Bukan celebration yang kita tunggu tapi muhasabah diri, apakah sepanjang umur kita ini sudah boleh membawa kita ke syurga?

at 4Life office in Amcorp Mall, getting her first present from nenek, buku Pooh

At home, buka hadiah from nenek, buku Elmo

Wished by nenek Happy Birthday, thanx neneks

Excited of getting her new toy and books

Cupcake by Kak Su, Cookie Monster cupcake, for Zara

Apam polkadot is also bake for her birthday by Kak Su

Enjoying the cupcake's cream. Mane makan cake, makan cream je.. Zara, Zara

Bunda akan selalu ingat dan sayang Zara.

Wednesday, June 8, 2011

Happy 4th Anniversary!!!

Bahagia rasa hati

In our sanding outfit

At KLIA, going back to Jakarta after our nikah to begin our journey of life.

Alhamdulillah. Pejam celik, it has been 4 years I married a man named Niko Ramadhan Adi Nugroho. And now, kami sudah mempunyai 2 anak dan merancang untuk menambah 8 lagi..8??? LAPAN? hahaha.. well, we'll wait and see. Rezeki Allah yang atur.

Banyak. Banyak pahit getir yang kami berdua lalui untuk sampai ke tahap ini. Saya tahu, 4 tahun masihlah terlalu awal. Namun, 4 tahun ini lebih banyak mengikat kami untuk terus berpegang pada janji kami semasa menikah dulu untuk meneruskan cinta kami hingga ke syurga. Amin. Amin amin..

Andai saya kenang kembali segala kenangan kami selama 4 tahun yang lalu, ia pasti mengundang airmata, menyesakkan nafas dan membuat hatiku sebak. Yah, bila dipikirkan, berat. Tetapi, saya tahu tidak seberat orang lain yang mungkin mendapat ujian yang lebih berat. Marilah kita sama-sama bersyukur kerna setiap yang berat ang dapat kita lalui insyaAllah dibalas manis kelak. Sabar adalah kunci utamanya.

4 tahun ini banyak mengajar kami untuk mengenal diri masing-masing. Mengajar kami kesukaan masing-masing. Mengajar kami untuk mengenal gaya tidur masing-masing. Mengajar kami siapa yang harus diam bilamana bergaduh. Mengajar kami untuk give and take, untuk compromise. Alhamdulillah, saya hampir kenal dengan siapa saya menikah. Tahu siapa dia luar dan dalam. Semoga hari kedepan kami bisa laluinya dengan lebih rasional lagi.

Mula dari kota bernama Jakarta,
Hati sudah tahu apa destinasi kita.
9 Juni 2007 adalah hari kita mengikat janji untuk membina mahligai di syurga.
Ya, kita mahukan mahligai di syurga sana.
Aku,
Seorang istri yang lemah.
Perlu kamu disisi untuk memapah aku agar mahligai kita terbina.
Aku,
Seorang istri yang jahil,
Perlu kamu untuk memberi aku ilmu.
Sayang,
berat dan banyak luka terparut,
Namun, kita laluinya bersama,
Agar kita terus kekal,
Hingga ke syurga.

p/s saya seorang manusia yang lemah, banyak salah silap dimasa lampau. Namun, selalu bersyukur masih diberi peluang untuk membina mahligai di syurga. Dan sedaya upaya untuk menebus kesalahan dulu dengan menjadi istri terbaik buat suamiku dan ibu terbaik buat anak-anakku.

Amin.

Friday, June 3, 2011

Melahirkan anak kedua: Finally, its a BOY!

Welcome sayang. few hours after birth dan selepas breastfeed 

Malam yang panjang dilewati dengan hati yang selalu merindui Zara. Pagi, jam 8 pagi, Dr. Hamidah telah menggantikan Dr. Hazim untuk memerikasa saya. Air ketuban saya telah dipecahkan oleh Dr. Hamidah dan saya bersiap untuk ke dewan bersalin. (Dr. Hazim masih belum berada di hospital kerna ada urusan keluarganya di Perak). Jam 10 pagi, ke dewan bersalin.

Alhamdulillah, terlihat Dr. Hazim masuk ke ruangan bersalin dan berkenalan dengan suami saya. Dia datang nak cek jalan dan jalan sudah terbuka 4 cm. 4 cm? Hm..alhamdulillah, jalan dah 4 cm tanpa rasa sakit. Akhirnya, pada jam 12.30 siang, saya mula merasakan sakit yang tidak terucapkan. Ya Allah...sakitnyaaa...Sehingga sampai satu tahap saya merasa seperti hendak buang air besar dan meneran. Tetapi, kerna saya patient FPP dan Dr. Hazim masih belum ada, para nurse tidak suruh saya meneran. Saya kesakitan sampai pada satu tahap memerlukan injection tahan sakit. Melangkah saja nurse untuk mengambil injection itu, Dr pun masuk dan mengarahkan saya untuk meneran dan tidak perlu injection tersebut.

Bermulalah episod teran meneran. Yes, i can feel the rhythm. When should i push and when should i have some rest. Berbanding melahirkan Zara, saya hanya tahu menjerit kesakitan, suami disebelah kepanikan dan lelah sendiri sehingga memutuskan untuk berputus asa namun tahu-tahu, keluar. Melahirkan kali ini saya lebih teratur. Suami juga tidak panik dan benar-benar memberi sokongan padu. Suami saya benar-benar membantu. Dialah nadi saya sewaktu itu. Suami saya melihat kelahiran anak kami bermula dari kelihatan kepala sehingga di potong tali pusatnya. Subhanallah.

Kudos to Niko Ramadhan. He can handle me at that time in a very good way. He managed to make me calm. And also to Dr. Hazim. Dia memang seorang pakar yang boleh diandalkan! I reccomend him!

Akhirnya, setelah sejam bertarung nyawa, lahirlah putra kami seberat 3.34kg, 51cm pada jam 1.30, hari Jumaat. Alhamdulillah, langsung saya susukan. Sekali lagi, alhamdulillah.

Melahirkan anak kedua: Part 2

cake yang dibeli untuk menghilangkan galau dihati

otw ke hospital, singgah barber shop dulu gara-gara rambut yang saya potong ini

berambih di ward 5A

feeding Zara before she off to nenek's house. huhu

dan malam kami sepi di ward tanpa anak ini (gambar Zara di mobil masa tunggu ayah ke barber shop)

28hb April 2011

Pagi itu saya, Zara dan Mas Niko masih bergelimpangan tidur. Saya sedar sekitar jam 8 pagi. Ya Allah, Subuh ku!!! Kenapa celana ku basah ya? Apa keputihan? Hmmm...tidak juga...Sedikit, sedikit ada air yang mengalir keluar. Apa pecah ketuban ya? Atau leaking?

Setelah dipastikan di FB, posting apakah yang saya alami itu pecah ketuban atau apa, ternyata mungkin saya mengalami leaking dan harus segera ke hospital, takut baby lemas atau sama sepertinya kes Zara dulu (melahirkan Zara juga saya mengalami leaking) yang mana harus diadmit ke NICU Zaranya kerna sel darah putih yang tinggi. Okay, dengan itu saya segera mandi, solat dan mula bekerja.

Saya cuci semua baju kotor, jemur, mop rumah, siapkan makanan. Makan sepuasnya. Akhirnya, saya kepenatan. Harusnya saya langsung bergerak ke hospital tetapi saya malah membersihkan rumah dan makan yang banyak sebelum berfikir untuk ke hospital. Padahnya, saya penat plus kenyang, saya tertidur di sofa sampai lah jam 5 petang... Hari hujan. Lebat. Saya solat Asar dan bersiap untuk ke hospital. Namun, ada permintaan dari suami untuk menggunting rambut dia yang panjang. Dan ini pengalaman pertama saya menggunting rambut. Dan ya, jelek! Huh. Kami pun bersiap. Mandi. Dan off to barber shop untuk shave je rambut suami. Saya cakap, saya tanak tengok muka dia dengan rambut yang saya potong itu sewaktu melahirkan. Hodoh. Hehe.

Dan tibalah kami di perkarangan dewan bersalin hospital Putrajaya sekitar pukul 6 petang. Dalam hati, harap-harap belum admit sebab tadi dapat sms dari Kak Su suruh datang rumah, dia masak sedap. Huhu.

__________________________________________________________

Di bilik rawatan, seperti biasa, para dokter pelatih memeriksa saya dengan agak kurang bertauliah. Adakah cek jalan sorang cakap dah buka 1 cm, sorang lagi cakap 2 cm. Then sorang tak caya pergi jolok lagi. Haih. Nasib badan. Suka hati je. Hopefully mereka ini diajar juga cara etika dengan patient selain belajar ilmu-ilmu dokter ni. Okay, kesimpulan, saya dipastikan memang ada leaking dan jalan sudah terbuka 2 cm. Perlu admit.

Namun, ada masalah.

Masalah common untuk hospital Putrajaya bahagian bersalin ni. Ward takde, penuh. They can only refer to hospital Kajang. Mereka berterus terang kepada saya bahawa layanan dan servis hospital Kajang kurang dan jauh dari hospital Putrajaya.

Kami suami istri berfikir "Hm..macam mana ni. Hospital Serdang? Tidak. Kerna dulu pernah mendapat layanan kurang baik sewaktu hendak melahirkan Zara. Sudah keluar tanda darah. Ke hospital putrajaya tetapi ditutup kerna ada kebakaran kecil di dewan bersalin dan harus ke Serdang. Di Serdang di cek, di suruh pulang lagi. Esok nya, ada leaking dan ke Putrajaya, ternyata sudah 2 hari leaking dan harus segera melahirkan. Akhirnya, Zara harus ke NICU. Itu kisah hospital Serdang. Hospital Kajang sudah pasti tidak. Hm. berfikir lagi. FPP?"

Yes, kami pun segera menelefon adik saya Ema untuk minta tolong kepada dia inform kepada dokter yang merawat dia untuk menerima saya sebagai patientnya. Adik saya Ema merupakan seorang patient FPP (Full Paying Patient) di bawah Dr. Hazim. Adik saya pun sms dan kesimpulannya, saya diterima.

Ward kelas biasa sudah penuh dan hanya tinggal ward kelas 1 di tingkat 5 hospital. Mahu atau tidak, kami memilih untuk di ward itu.

Bermula lah malam yang panjang. Suami saya menemani saya di ward. Dan malam itu malam pertama Zara tidur dengan neneknya dan berjauhan dari saya. Rindu dan pilu rasa hati.

Malam itu saya tidak merasa sakit kontraksi yang hebat. Cuma sedikit. Sempat muntah. Dan menunggu-nunggu kapan kiranya sakit ini datang untuk segera melahirkan. Dan selalu berdoa semoga ia normal.

Sepi kami berdua duduk tanpa hilai tawamu yang nakal,
Sepi kami berdua makan tanpa kamu usil meminta,
Sepi bunda tanpa kamu yang mahukan susu bunda,
Sepi bunda tanpa kamu tidur di ketiak bunda,
Sepi bunda tanpa kamu prihatin melihat bunda sakit,
Dan ya, bunda dan ayah sepi tanpa kamu di sisi.
Anakku, Zara.

Melahirkan anak kedua: Part 1

visited by sya, my good friend

At Oma's crib,January

Visited by Ifa, one of my good friend before i gave birth

 went to meet this couple, aunt ana and uncle din for their bless before i gave birth

and of coz, saya minta maaf dengan tiap insan dalam gambar ni sebelum melahirkan


Melahirkan anak bagi seorang wanita itu bukanlah sesuatu yang gampang. Sakit. Dan pasti nyawa yang dipertarungkan. Ini dapat digambarkan dalam kisah Maryam ketika hendak melahirkan Isa:


(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!" [Maryam 19:23]


Kerana menyedari hal ini, saya tidak mahu melambatkan dan ketinggalan momen bermakna dengan orang yang saya sayangi. 


Persiapan melahirkan yang pertama saya lakukan untuk menyambut anak kedua adalah memohon doa restu dan maaf kepada orang-orang disekeliling saya dan juga orang yang terdekat.


Pada bulan Januari 2011, usia kandungan sudah 6 bulan, saya dan suami merancang untuk pulang ke Jakarta dengan tujuan memohon doa dan restu untuk kelahiran anak kedua kami dan juga kehidupan kami seterusnya. Alhamdulillah, terlaksana.


Menjelang beberapa minggu sebelum due date, alhamdulillah saya dikunjungi teman dekat, Ifa dan Sya dan kami have our great time together. Alhamdulillah.


Kemudian, setelah seminggu sebelum melahirkan, saya dan keluarga ke rumah Aunt Ana, my mom's good friend merangkap ibu angkat saya yang telah banyak berkongsi macam-macam dengan kami dan Alhamdulillah, saya juga sempat mohon doa restu mereka sekeluarga.


Lega hati setelah sempat bertemu mereka di atas.


Perkara kedua yang saya lakukan sebelum berlepas ke rumah sakit adalah membereskan rumah saya. Baju kerja suami saya seterika semua. Baju Zara saya siapkan apabila nanti di rumah sakit. Apartment? Yes, semua cadar (sprei) katil saya buka dan cuci, karpet saya gulung, lantai saya pel (mop), makanan saya siapkan untuk nanti kalau diperlukan suami dan anak apabila saya di hospital.


Siap rumah.


Sekarang, masa untuk Maybank2u.com. Membayar segala hutang. Dan berpesan kepada suami jika terjadi apa-apa selepas melahirkan, tolong bayar sisa hutang yang ada. ;)


Hutang settle! Sehari sebelum due date, saya cuba menggembirakan anak pertama saya, Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum. Membawa dia berjalan-jalan di Jusco dengan membenarkan dia main kereta. And yes, saya dan keluarga merasa momen itu adalah momen terindah kami. Saya beli kek untuk diri sendiri bagi meraikan hari indah kami. Hari itu kami merasa sangat terharu sehinggakan saya dan suami saling mengusap airmata, bermaafan dan ingin merasakan hari itu adalah hari paling panjang kami bertiga.


Then, thesis. Saya sedaya upaya saya coba menyiapkan tesis namun selalu tidak berkesempatan dan akhirnya saya harus beralah dan ke rumah sakit. ;)


Bermulalah episod melahirkan anak lelaki pertama saya.

Friday, May 27, 2011

Mati

Bismillahirahmanirahim.
Sudah lama rasanya tidak menulis. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak ke dua saya pada 29 April 2011, sebulan yang lalu. Kerna kesibukan mengurus dua anak dan kerna sedang di dalam keadaan berpantang, kurang waktu saya untuk menulis dan mengupdate. Ditambah lagi dengan tesis. Tapi sekarang, alhamdulillah, sudah dapat adaptasi diri untuk mempunyai 2 anak. :)

InsyaAllah, ada kelapangan nanti, saya ingin berkongsi pengalaman saya melahirkan anak kedua. Ingin juga berkongsi jamu apa saya minum selepas melahirkan dan banyak lagi.

Tapi sekarang, saya ingin berkongsi kesedihan dengan tragedi tanah runtuh di hulu langat pada 21 Mei yang lepas. Dunia ini kecil.

"Ayahnya setiap hari menyambut kelahiran dan nyawa baru di dunia ini hari ini harus menghadapi ujian dari Allah yang mana anaknya terlibat dalam kejadian tanah runtuh ini." Takziah buat Dr. Hazim dan keluarga serta buat keluarga mangsa yang lain.

Dr. Hazim adalah dr yang menyambut kelahiran anak ke dua saya. Kejadian tanah runtuh itu telah meragut nyawa anak ke3 nya, Wan Ahmad Hasril yang berusia 11 tahun. Bagaimanalah hiba hati seorang ibu dan bapa yang mengetahui anaknya telah pergi. Ya, itulah ujian Allah buat orang-orang yang beriman.

Hal ini selalu membuatkan saya semakin ingat bahawa setiap hari umur kita semakin singkat.

Beribadahlah.

Astaghfirullah.

p/s i got a video di youtube seputar pengebumian anak-anak ini. Terlihat Dr. Hazim dan keluarganya menatap wajah anaknya kali terakhir. Semoga mereka kuat dan percaya anak adalah pembuka pintu syurga buat orang tuanya.

Wednesday, March 30, 2011

Life

Bismillahirahmanirahim
Rasa macam dah lama tidak update blog. I am busy with a lot of things. Of course, my thesis writing. But most of the time i consume is with Zara. She needs more attention now. Seems like she know that she will have a sister/brother soon. Saya pun tidak mahu dia merasa tersisih dengan mengabaikannya. I just do my writing when she was asleep or playing with someone else.

____________________________________________________________________

As what i promised before, i wanted to tell about how is our journey on breastfeeding. Ya, seperti yang diceritakan sebelum ini, Zara baru hanya bisa menyusu saya setatelah 6 jam dilahirkan dengan usaha saya sendiri. Tanpa pengalaman dan apa-apa ilmu tentang penyusuan, saya cuba menyusukan Zara. Saya pikir, itu instinct seorang ibu, menyusukan anak nya.

Alhamdulillah, setelah itu, Zara dapat menyusu dengan saya sampai sekarang dengan sangat baik. Tidak banyak halangan yang saya hadapi, malah banyak sokongan daripada keluarga saya untuk terus memberikan susu ibu kepada Zara.

Sampai pada satu tahap, di mana Zara sudah bisa berjalan, makan dan bercakap, ada pendapat dan segelintir orang menasihatkan saya untuk memberi Zara susu formula. Saya ragu. Ada satu ketika saya cuba memberikan Zara susu formula tetapi dihalang oleh suami saya dan dimarahi oleh ayah saya. Ayah memberikan buku fakta tentang susu formula dan susu ibu. Saya membacanya, dan alhamdulillah, saya tidak memberikan Zara susu formula.

Ada sampai satu tahap, saya dipaksa untuk memisahkan Zara dengan menyusukan saya dengan memberikan ubat diputing agar Zara tidak mahu menyusu lagi. Di beri ubat tidur, agar tidurnya nyenyak dan diberikan susu formula. Alhamdulillah, tanpa menyakitkan hati orang tersebut, saya berjaya tidak melakukan seperti yang disarankan. Allah Maha Mengetahui dan Dia menolong saya agar saya bisa terus berjuang untuk Zara.

Menyusukan Zara memerlukan banyak kesabaran. Ada sampai di satu tahap, saya terpaksa memarahi nya kerana menyusu hanya untuk bermain. Tidak mahu lepas. Digigit. Tetapi, saya cuba untuk bersabar selagi Zara mahu disusukan. Kerana saya tahu, Zara memerlukan saya untuk bermanja, salah satu caranya adalah dengan menyusu. Saya harus bersabar kerana saya tahu ada satu ketika nanti, Zara akan sendirinya pergi untuk tidak menyusu lagi. Maka dengan itu, saya mesti menyimpan dan menghayati setiap momen menyusukan kerana itu tidak dapat diulang lagi.

Sekarang, saya sudah hamil adik Zara, 8 bulan. Zara tetap menyusu dan sekarang, semakin kerap. Alhamdulillah. Semoga masih lama perjalanan kami untuk bersama. Tidak dapat saya bayangkan kalau nanti Zara sudah tidak mahu menyusu lagi. :(

Pengalaman menyusukan Zara banyak pahit getirnya. Namun, alhamdulillah, banyak juga manis nya sehingga saya tidak mahu momen itu berakhir.

Saya, hanyalah seorang ibu yang banyak kekurangan. Namun, saya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. InsyaAllah.

Sunday, March 20, 2011

Baking All-in-one Quiche ala Chef Fayzah

Today, i had breakfast kuah kacang and nasi pulut that my mom cooked early morning. Then, everybody are off to somewhere, left me and my family (Niko, Zara) plus mbak. So, rasa malas to cook nasi and just eat whatever we had on the table. Mak came back with donut and mihun at 12pm. Jadi, nak masak tambah malas. Tetapi, kerana nafsu makan saya sebagai mak buyung tidak berhenti, saya pun google resipi pai. Tetapi, akhirnya end up kepada resipi Quiche.

This recipe Quiche saya ubah sikit-sikit.

Resipi All-In-One Quiche Ala Fayzah:
Kulit pai:
Tepung gandum/all purpose 1 1/2 cup
Garam sedikit
Air sejuk 3 sudu
Butter 115 gram

Inti Quiche:
Sayur bayam dipotong halus
Tomato dipotong dadu
Ayam dipotong dadu
Mushroom shitake
1 biji bawang kuning/besar dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang
Olive oil/butter
Cheddar cheese

___________________________________

Telur ayam 3 biji
Kuning telur 2 biji
Cream cheese 100gram
Pepper
Nutmeg
Salt

Cara-caranya:
1) Untuk kulit pai, siapkan tepung dicampur sedikit garam, butter (mesti sejuk) dan air digaul menggunakan tangan. Doh nya disimpan didalam peti sejuk.

2) Inti yang pertama digoreng. Siapkan kuali, panaskan olive oil, masukkan bawang besar, dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan ayam, dimasak sehingga masak. Kemudian, masukkan sayuran dan setelah agak layu, masukkan cheese. Tutup api, biarkan sejuk.

3) Pukul telur ayam dan kuning telur bersama cream cheese. Masukkan pepper, salt dan nutmeg dan dipukul lagi.

4) Keluarkan doh dari peti ais, diratakan diatas acuan pai. Masukkan inti pertama yang telah digoreng, kemudian, inti yang kedua.

5) Bakarlah selama 45 minit.

Sekian untuk resipi kali ini. Selamat mencuba!

Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Peribadi Sepanjang Menyusukan Zara: Episode 1

Bismillahirahmanirahim.
Saya telah membuat banyak survey tentang kesedaran menyusui anak menggunakan ASI (Air Susu Ibu). Di Indonesia, sudah terdapat asosiasi yang menyokong pergerakan ini. Tetapi, masih banyak orang yang masih tidak tahu tentang kebaikannya. Mungkin dia tahu, tetapi cepat berputus asa. Okay, saya mempunyai niat sendiri untuk menyokong pergerakan ini. Banyak orang di lingkungan saya kurang aware tentang kebaikan ASI atau juga kurang yakin dengan diri sendiri. Maka dengan itu, saya berusaha untuk memberikan kesedaran itu kepada lingkungan saya. ;) Pada peringkat permulaan ini, apa yang boleh saya kongsikan bersama adalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.

Pengalaman 1
Alhamdulillah, saya telah digerakkan hati untuk melahirkan di hospital Putrajaya. Salah satu hospital yang rakan bayi di Malaysia. Saya dan suami saya pada awalnya tidak tahu tentang kebaikan susu ibu dan tidak aware untuk memberikan bayi kami susu apa. Namun, kerana saya melahirkan di hospital rakan bayi, saya didedahkan kepada penyusuan anak menggunakan air susu ibu.

Setelah berjuang selama 3 jam untuk melahirkan Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum, saya merasa amat penat dan letih sekali. Apa yang menggembirakan di hati saya "Alhamdulillah, lepas ni boleh lah tido.. " Namun, ternyata perjuangan saya bukanlah setakat itu. Setelah Zara dibersihkan, saya langsung disuruh untuk coba menyusuinya. Tidak berjaya.

Tiba di wad, jam sudah menunjukkan hampir jam 6 pagi. Staf nurse waktu itu sedang mahu bertukar shift. Tidak ada seorang pun yang datang membantu saya. Kecuali ada seorang nurse, itu pun dengan tergesa-gesa. Akhirnya, tinggallah saya dan bayi saya yang menangis mahukan susu.

Selepas itu, saya dikunjungi oleh kakak sepupu saya. Seawal 7 pagi. Dia cuba membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi masih juga gagal. Aduh, penatnya. Akhirnya, tinggal saya sendiri lagi berusaha untuk menyusukannya.

Akhirnya, pada jam 10am, saya berjaya memberi Zara susu pertamanya dan itu adalah kenangan yang PALING INDAH yang pernah saya lalui. Sewaktu Zara menyusu, dia tidak lepas memerhatikan setiap sudut muka saya seperti pengen mengenal bunda nya. And i enjoyed that moment so much by myself.

Sempat saya menelefon suami saya yang sedang menunggu di surau menyatakan saya telah berjaya menyusukan Zara. Suami saya tidak dapat menemani saya memandangkan waktu melawat adalah pada jam 12 siang. :(

Perjuangan yang berliku-liku, apabila akhirnya berjaya memberikan buah yang sangat manis. Makanya, para ibu, jangan pernah berputus asa.

Walaupun kita memilih untuk melahirkan di hospital rakan bayi, kita harus sentiasa bersedia untuk cuba menyusukan anak kita kalau tidak mendapat bantuan.

Sekian, sehingga ke episode seterusnya.

Wednesday, March 16, 2011

Persediaan menyusukan anak


Salam.
Walaupun saya berpengalaman selama hampir 2 tahun menyusukan Zara, tetapi, ternyata masih banyak yang tidak saya tahu tentang penyusuan anak. Ini kerana, saya beruntung kerana menyusukan Zara atas galakan hospital dan kesedaran itu baru timbul setelah melahirkan dan tidak mungkin menyusukan Zara dengan apa-apa susu formula atau selain susu ibu. Saya juga tidak pernah memikirkan untuk memberi Zara susu apa setelah dia dilahirkan, even susu ibu pun saya tidak terfikir. Jahil.. ;)

Sekarang, untuk menyambut anak kedua, saya perlu membuat banyak persiapan mental, fizikal terutamanya dan mungkin sedikit peralatan untuk penyusuan. Memandangkan saya mahu anak yang kedua ini juga mendapat susu ibu sepenuhnya dan juga saya tetap mahu Zara selalu menyusui saya sehingga lah dia sendiri yang tidak mahu. Saya mahu punya suplai susu yang BANYAKKKK dan susu itu nanti boleh lah saya pakai untuk memberikan kepada bayi-bayi saya kalau diperlukan atau digunakan untuk memasak makanan Zara yang memerlukan susu (daripada menggunakan susu jenis lain, saya prefer susu ibu). Sudah pasti.. ;)

Maka dengan itu, saya telah membuat beberapa research (bacaan) dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu bagaimana persediaan sebelum penyusuan dijalankan. Apa yang perlu saya tahu?

  1. Sebelum melahirkan, tanya kepada diri sendiri, apakah kita mahu menyusukan anak kita dengan susu ibu? Fully breastfeed? Atau kerana suka-suka? Ikut orang? Cuba-cuba? Sebelum menjalankan sesuatu pastilah dimulai dengan NIAT. Maka dengan itu, pastikan niat kita itu sudah benar-benar kukuh. Kalau ingin menyusukan anak sepenuhnya, teruskan niat itu dan jangan berpaling lagi.. ;) InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dibantu Allah.
  2. Kemudian, setelah berniat, set pemikiran kita. Set our mind that we CAN breastfeed our children in any conditions! Jangan pernah punya fikiran "bagaimana kalau.." Kita harus percaya bahawa kita boleh menyusukan anak kita. Sebenarnya, tidak ada alasan untuk kita tidak memberi anak kita susu ibu. Maka dengan itu, selalu percaya, kita boleh menghadapi rintangan yang mendatang. InsyaAllah. Segala rintangan mental dan fizikal harus kita lalui. Menyusui anak memang banyak halangannya. Sama ada dari orang persekitaran yang tidak begitu tahu tentang khasiat susu ibu dan keburukan susu formula atau juga dari kita sendiri. Syaitan sentiasa menghasut manusia untuk tidak berbuat baik. Menyusui adalah sesuatu yang mulia dan usaha ini pasti mendapat tentangan dari syaitan. Berjuang lah.. ;)
  3. Pasca melahirkan merupakan satu proses penting. Setelah anak dilahirkan, dia perlu disusui serta merta. Maka dengan itu, berbincanglah dengan pihak hospital atau doktor anda bahawa anda mahukan anak anda langsung disusui dan mintalah kamar yang boleh bersama baby agar senang menyusukan. Kalau anda memilih hospital yang 'baby friendly', insyaAllah lebih senang kerana banyak staf yang akan membantu anda untuk menyusui anak anda nanti. (Namun, pengalaman saya, saya terpaksa berjuang keras untuk menyusukan anak saya sendirian kerana saya melahirkan awal pagi, dan tidak ada yang dapat membantu kerana nurse bertukar shift. Lactation kaunselor pulak ada time diaorang datang, dan saya terpaksa tanpa pengalaman bergelut untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah, walaupun sangat penat, saya berjaya!). Apa pun situasi, selalu bersedia dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri biarpun tidak mendapat bantuan (prepare for the worst case). Kalau hospital yang tidak mengamalkan baby friendly, berbincanglah dengan doktor anda dan staf bahawa anda mahu menyusukan anak anda tanpa dicampur susu lain. ;) The choice is in ur hand!
  4. ILMU. Banyakkan lah membaca ilmu tentang breastfeeding. Seperti diri saya sendiri, saya masih lagi bertatih dalam ilmu ini. Saya hanya berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tetapi masih banyak yang perlu saya tahu. Internet, buku, support group banyak membantu kita untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu ini.
  5. Persediaan peribadi: Produk-produk ini bukanlah terlalu diperlukan, tetapi memudahkan dan menyenangkan ibu yang menyusui. Antara barang-barang yang boleh kita persiapkan adalah seperti nursing bra, breast pads, breast pump (carilah breast pump yang bergred hospital), storage bottles, warmer dan beberapa peralatan penyusuan yang lain.
  6. Sokongan suami dan kaum keluarga itu sebenarnya penting. Namun, mungkin kita akan menghadapi berbagai kemungkinan. Kalau saja penentangan itu daripada suami, bersabarlah dan teruskan usaha murni kita sehingga saya pasti, satu hari nanti pasti suami akan sedar hikmah menyusukan anak. Paling tidak, tidaklah kita terpaksa mengeluarkan paling kurang RM40/minggu untuk susu formula. Berbeza dengan kaum keluarga. Kalau terlalu banyak penentangan, bersabar dan cuba tidak terpengaruh dengan apa sahaja nasihat yang mengarah kita untuk tidak menyusui badan. :)
  7. Sebagai penutup, apa pun, sebelum memulakan sesuatu, niat kan lah kerana Allah dan setiap niat yang baik insyaAllah disusuli dengan bantuan Allah walaupun rintangannya besar.
p/s Saya mempunyai beberapa pengalaman yang terpaksa saya harungi demi menyusukan Zara tanpa dicampur susu formula sehingga sekarang. Adik saya juga mengalami beberapa perkara yang harus dia tempuhi demi anaknya. Insya Allah entri yang akan datang, saya ingin sekali berkongsi pengalaman itu.

Ibu-ibu dan bakal ibu, percayalah, anda semua boleh menyusukan bayi anda walaupun banyak rintangan.

Tuesday, March 8, 2011

Breastfeeding - Penyusuan Anak

Bercerita tentang menyusukan anak, saya mempunyai pengalaman sendiri. Dan hari ini, saya mahu berkongsi pengalaman tersebut memandangkan terdapat banyak kelebihan yang didapati apabila seorang ibu itu menyusukan anaknya.

Pada kehamilan saya yang pertama (hamil Zara), saya dan suami tidak pernah terlintas tentang memberi Zara susu apa. Benar-benar tidak ada di fikiran saya langsung tentang jenis penyusuan juga yang perlu saya beri kepada Zara. Not until I gave birth di Hospital Putrajaya. Hospital Putrajaya merupakan salah satu hospital di Malaysia yang fully support breastfeeding. Dari situ saya diberi galakan daripada orang sekeliling untuk menyusukan anak saya. Dan bermula dari situlah, saya bertekad untuk terus menyusukan Zara.

Setelah selamat melahirkan Zara pada jam 3.40 pagi, saya di bawa pulang ke wad. Saya fikir, saya akan dapat berehat setelah penat melahirkan. Tetapi jangkauan saya salah. Saya harus terus berusaha untuk menyusukan bayi mungil saya yang terus-terusan menangis. Huhu. And it was so tiring for me. :( Usaha saya untuk menyusukan Zara masih belum berhasil.

Awal pagi, sekitar jam 7 pagi, Cik Ngah (my cousin's sister) datang untuk melawat saya dan dialah orang yang pertama membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi, tetapi tidak berhasil usaha kami memandangkan Zara melalak tidak berhenti-henti. Frust dan penat sangat..

Walaupun penat dan frust, saya masih berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk Zara. Saya bergelut sendiri di atas katil wad untuk cuba memberi Zara susu dan akhirnya... pada jam 10 pagi, Zara berjaya menghisap colustrum pertamanya dari saya! Alhamdulillah.

Pengalaman Zara menyusukan saya untuk pertama kali ini sampai mati saya tidak dapat lupakan. Kadang-kadang hati saya hiba bila mengenangkannya. Sewaktu Zara menyusu saya waktu itu, dia melihat muka saya dan sepertinya cuba untuk mengenal bundanya. Dia benar-benar memerhatikan setiap sudut muka saya sambil menyusu. Ya Allah, besar nikmat yang Kau berikan ini. Wajah Zara ketika itu sampai sekarang saya tidak dapat lupakan dan sering terbayang di mata saya.

Dan, terjalin lah ikatan kasih sayang antara kami.

Kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu, saya yakin, pengalaman penyusuan yang pertama untuk anak anda merupakan satu momen yang sangat bermakna dan tidak mungkin dilupakan. Saya menyeru, susu kan lah anak anda kerna itu nikmat yang tidak ada bandingannya dengan memberi yang lain selain susu ibu.

p/s hati saya sebak bila mengenang lagi hal ini. Zara, I love u so so so much!!!