Wednesday, March 30, 2011

Life

Bismillahirahmanirahim
Rasa macam dah lama tidak update blog. I am busy with a lot of things. Of course, my thesis writing. But most of the time i consume is with Zara. She needs more attention now. Seems like she know that she will have a sister/brother soon. Saya pun tidak mahu dia merasa tersisih dengan mengabaikannya. I just do my writing when she was asleep or playing with someone else.

____________________________________________________________________

As what i promised before, i wanted to tell about how is our journey on breastfeeding. Ya, seperti yang diceritakan sebelum ini, Zara baru hanya bisa menyusu saya setatelah 6 jam dilahirkan dengan usaha saya sendiri. Tanpa pengalaman dan apa-apa ilmu tentang penyusuan, saya cuba menyusukan Zara. Saya pikir, itu instinct seorang ibu, menyusukan anak nya.

Alhamdulillah, setelah itu, Zara dapat menyusu dengan saya sampai sekarang dengan sangat baik. Tidak banyak halangan yang saya hadapi, malah banyak sokongan daripada keluarga saya untuk terus memberikan susu ibu kepada Zara.

Sampai pada satu tahap, di mana Zara sudah bisa berjalan, makan dan bercakap, ada pendapat dan segelintir orang menasihatkan saya untuk memberi Zara susu formula. Saya ragu. Ada satu ketika saya cuba memberikan Zara susu formula tetapi dihalang oleh suami saya dan dimarahi oleh ayah saya. Ayah memberikan buku fakta tentang susu formula dan susu ibu. Saya membacanya, dan alhamdulillah, saya tidak memberikan Zara susu formula.

Ada sampai satu tahap, saya dipaksa untuk memisahkan Zara dengan menyusukan saya dengan memberikan ubat diputing agar Zara tidak mahu menyusu lagi. Di beri ubat tidur, agar tidurnya nyenyak dan diberikan susu formula. Alhamdulillah, tanpa menyakitkan hati orang tersebut, saya berjaya tidak melakukan seperti yang disarankan. Allah Maha Mengetahui dan Dia menolong saya agar saya bisa terus berjuang untuk Zara.

Menyusukan Zara memerlukan banyak kesabaran. Ada sampai di satu tahap, saya terpaksa memarahi nya kerana menyusu hanya untuk bermain. Tidak mahu lepas. Digigit. Tetapi, saya cuba untuk bersabar selagi Zara mahu disusukan. Kerana saya tahu, Zara memerlukan saya untuk bermanja, salah satu caranya adalah dengan menyusu. Saya harus bersabar kerana saya tahu ada satu ketika nanti, Zara akan sendirinya pergi untuk tidak menyusu lagi. Maka dengan itu, saya mesti menyimpan dan menghayati setiap momen menyusukan kerana itu tidak dapat diulang lagi.

Sekarang, saya sudah hamil adik Zara, 8 bulan. Zara tetap menyusu dan sekarang, semakin kerap. Alhamdulillah. Semoga masih lama perjalanan kami untuk bersama. Tidak dapat saya bayangkan kalau nanti Zara sudah tidak mahu menyusu lagi. :(

Pengalaman menyusukan Zara banyak pahit getirnya. Namun, alhamdulillah, banyak juga manis nya sehingga saya tidak mahu momen itu berakhir.

Saya, hanyalah seorang ibu yang banyak kekurangan. Namun, saya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. InsyaAllah.

1 comment:

  1. memang manis kenangan menyusukan anak.walaupun alya masil kecil dia sudah pandai main2 time BF.time BF dia boleh ajak berbual..hahaha...mmg xbole lupa tu.teruskanlah menyusukan zara smpai dia tak mahu.

    ReplyDelete