Wednesday, March 30, 2011

Life

Bismillahirahmanirahim
Rasa macam dah lama tidak update blog. I am busy with a lot of things. Of course, my thesis writing. But most of the time i consume is with Zara. She needs more attention now. Seems like she know that she will have a sister/brother soon. Saya pun tidak mahu dia merasa tersisih dengan mengabaikannya. I just do my writing when she was asleep or playing with someone else.

____________________________________________________________________

As what i promised before, i wanted to tell about how is our journey on breastfeeding. Ya, seperti yang diceritakan sebelum ini, Zara baru hanya bisa menyusu saya setatelah 6 jam dilahirkan dengan usaha saya sendiri. Tanpa pengalaman dan apa-apa ilmu tentang penyusuan, saya cuba menyusukan Zara. Saya pikir, itu instinct seorang ibu, menyusukan anak nya.

Alhamdulillah, setelah itu, Zara dapat menyusu dengan saya sampai sekarang dengan sangat baik. Tidak banyak halangan yang saya hadapi, malah banyak sokongan daripada keluarga saya untuk terus memberikan susu ibu kepada Zara.

Sampai pada satu tahap, di mana Zara sudah bisa berjalan, makan dan bercakap, ada pendapat dan segelintir orang menasihatkan saya untuk memberi Zara susu formula. Saya ragu. Ada satu ketika saya cuba memberikan Zara susu formula tetapi dihalang oleh suami saya dan dimarahi oleh ayah saya. Ayah memberikan buku fakta tentang susu formula dan susu ibu. Saya membacanya, dan alhamdulillah, saya tidak memberikan Zara susu formula.

Ada sampai satu tahap, saya dipaksa untuk memisahkan Zara dengan menyusukan saya dengan memberikan ubat diputing agar Zara tidak mahu menyusu lagi. Di beri ubat tidur, agar tidurnya nyenyak dan diberikan susu formula. Alhamdulillah, tanpa menyakitkan hati orang tersebut, saya berjaya tidak melakukan seperti yang disarankan. Allah Maha Mengetahui dan Dia menolong saya agar saya bisa terus berjuang untuk Zara.

Menyusukan Zara memerlukan banyak kesabaran. Ada sampai di satu tahap, saya terpaksa memarahi nya kerana menyusu hanya untuk bermain. Tidak mahu lepas. Digigit. Tetapi, saya cuba untuk bersabar selagi Zara mahu disusukan. Kerana saya tahu, Zara memerlukan saya untuk bermanja, salah satu caranya adalah dengan menyusu. Saya harus bersabar kerana saya tahu ada satu ketika nanti, Zara akan sendirinya pergi untuk tidak menyusu lagi. Maka dengan itu, saya mesti menyimpan dan menghayati setiap momen menyusukan kerana itu tidak dapat diulang lagi.

Sekarang, saya sudah hamil adik Zara, 8 bulan. Zara tetap menyusu dan sekarang, semakin kerap. Alhamdulillah. Semoga masih lama perjalanan kami untuk bersama. Tidak dapat saya bayangkan kalau nanti Zara sudah tidak mahu menyusu lagi. :(

Pengalaman menyusukan Zara banyak pahit getirnya. Namun, alhamdulillah, banyak juga manis nya sehingga saya tidak mahu momen itu berakhir.

Saya, hanyalah seorang ibu yang banyak kekurangan. Namun, saya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. InsyaAllah.

Sunday, March 20, 2011

Baking All-in-one Quiche ala Chef Fayzah

Today, i had breakfast kuah kacang and nasi pulut that my mom cooked early morning. Then, everybody are off to somewhere, left me and my family (Niko, Zara) plus mbak. So, rasa malas to cook nasi and just eat whatever we had on the table. Mak came back with donut and mihun at 12pm. Jadi, nak masak tambah malas. Tetapi, kerana nafsu makan saya sebagai mak buyung tidak berhenti, saya pun google resipi pai. Tetapi, akhirnya end up kepada resipi Quiche.

This recipe Quiche saya ubah sikit-sikit.

Resipi All-In-One Quiche Ala Fayzah:
Kulit pai:
Tepung gandum/all purpose 1 1/2 cup
Garam sedikit
Air sejuk 3 sudu
Butter 115 gram

Inti Quiche:
Sayur bayam dipotong halus
Tomato dipotong dadu
Ayam dipotong dadu
Mushroom shitake
1 biji bawang kuning/besar dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang
Olive oil/butter
Cheddar cheese

___________________________________

Telur ayam 3 biji
Kuning telur 2 biji
Cream cheese 100gram
Pepper
Nutmeg
Salt

Cara-caranya:
1) Untuk kulit pai, siapkan tepung dicampur sedikit garam, butter (mesti sejuk) dan air digaul menggunakan tangan. Doh nya disimpan didalam peti sejuk.

2) Inti yang pertama digoreng. Siapkan kuali, panaskan olive oil, masukkan bawang besar, dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan ayam, dimasak sehingga masak. Kemudian, masukkan sayuran dan setelah agak layu, masukkan cheese. Tutup api, biarkan sejuk.

3) Pukul telur ayam dan kuning telur bersama cream cheese. Masukkan pepper, salt dan nutmeg dan dipukul lagi.

4) Keluarkan doh dari peti ais, diratakan diatas acuan pai. Masukkan inti pertama yang telah digoreng, kemudian, inti yang kedua.

5) Bakarlah selama 45 minit.

Sekian untuk resipi kali ini. Selamat mencuba!

Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Peribadi Sepanjang Menyusukan Zara: Episode 1

Bismillahirahmanirahim.
Saya telah membuat banyak survey tentang kesedaran menyusui anak menggunakan ASI (Air Susu Ibu). Di Indonesia, sudah terdapat asosiasi yang menyokong pergerakan ini. Tetapi, masih banyak orang yang masih tidak tahu tentang kebaikannya. Mungkin dia tahu, tetapi cepat berputus asa. Okay, saya mempunyai niat sendiri untuk menyokong pergerakan ini. Banyak orang di lingkungan saya kurang aware tentang kebaikan ASI atau juga kurang yakin dengan diri sendiri. Maka dengan itu, saya berusaha untuk memberikan kesedaran itu kepada lingkungan saya. ;) Pada peringkat permulaan ini, apa yang boleh saya kongsikan bersama adalah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.

Pengalaman 1
Alhamdulillah, saya telah digerakkan hati untuk melahirkan di hospital Putrajaya. Salah satu hospital yang rakan bayi di Malaysia. Saya dan suami saya pada awalnya tidak tahu tentang kebaikan susu ibu dan tidak aware untuk memberikan bayi kami susu apa. Namun, kerana saya melahirkan di hospital rakan bayi, saya didedahkan kepada penyusuan anak menggunakan air susu ibu.

Setelah berjuang selama 3 jam untuk melahirkan Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum, saya merasa amat penat dan letih sekali. Apa yang menggembirakan di hati saya "Alhamdulillah, lepas ni boleh lah tido.. " Namun, ternyata perjuangan saya bukanlah setakat itu. Setelah Zara dibersihkan, saya langsung disuruh untuk coba menyusuinya. Tidak berjaya.

Tiba di wad, jam sudah menunjukkan hampir jam 6 pagi. Staf nurse waktu itu sedang mahu bertukar shift. Tidak ada seorang pun yang datang membantu saya. Kecuali ada seorang nurse, itu pun dengan tergesa-gesa. Akhirnya, tinggallah saya dan bayi saya yang menangis mahukan susu.

Selepas itu, saya dikunjungi oleh kakak sepupu saya. Seawal 7 pagi. Dia cuba membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi masih juga gagal. Aduh, penatnya. Akhirnya, tinggal saya sendiri lagi berusaha untuk menyusukannya.

Akhirnya, pada jam 10am, saya berjaya memberi Zara susu pertamanya dan itu adalah kenangan yang PALING INDAH yang pernah saya lalui. Sewaktu Zara menyusu, dia tidak lepas memerhatikan setiap sudut muka saya seperti pengen mengenal bunda nya. And i enjoyed that moment so much by myself.

Sempat saya menelefon suami saya yang sedang menunggu di surau menyatakan saya telah berjaya menyusukan Zara. Suami saya tidak dapat menemani saya memandangkan waktu melawat adalah pada jam 12 siang. :(

Perjuangan yang berliku-liku, apabila akhirnya berjaya memberikan buah yang sangat manis. Makanya, para ibu, jangan pernah berputus asa.

Walaupun kita memilih untuk melahirkan di hospital rakan bayi, kita harus sentiasa bersedia untuk cuba menyusukan anak kita kalau tidak mendapat bantuan.

Sekian, sehingga ke episode seterusnya.

Wednesday, March 16, 2011

Persediaan menyusukan anak


Salam.
Walaupun saya berpengalaman selama hampir 2 tahun menyusukan Zara, tetapi, ternyata masih banyak yang tidak saya tahu tentang penyusuan anak. Ini kerana, saya beruntung kerana menyusukan Zara atas galakan hospital dan kesedaran itu baru timbul setelah melahirkan dan tidak mungkin menyusukan Zara dengan apa-apa susu formula atau selain susu ibu. Saya juga tidak pernah memikirkan untuk memberi Zara susu apa setelah dia dilahirkan, even susu ibu pun saya tidak terfikir. Jahil.. ;)

Sekarang, untuk menyambut anak kedua, saya perlu membuat banyak persiapan mental, fizikal terutamanya dan mungkin sedikit peralatan untuk penyusuan. Memandangkan saya mahu anak yang kedua ini juga mendapat susu ibu sepenuhnya dan juga saya tetap mahu Zara selalu menyusui saya sehingga lah dia sendiri yang tidak mahu. Saya mahu punya suplai susu yang BANYAKKKK dan susu itu nanti boleh lah saya pakai untuk memberikan kepada bayi-bayi saya kalau diperlukan atau digunakan untuk memasak makanan Zara yang memerlukan susu (daripada menggunakan susu jenis lain, saya prefer susu ibu). Sudah pasti.. ;)

Maka dengan itu, saya telah membuat beberapa research (bacaan) dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu bagaimana persediaan sebelum penyusuan dijalankan. Apa yang perlu saya tahu?

  1. Sebelum melahirkan, tanya kepada diri sendiri, apakah kita mahu menyusukan anak kita dengan susu ibu? Fully breastfeed? Atau kerana suka-suka? Ikut orang? Cuba-cuba? Sebelum menjalankan sesuatu pastilah dimulai dengan NIAT. Maka dengan itu, pastikan niat kita itu sudah benar-benar kukuh. Kalau ingin menyusukan anak sepenuhnya, teruskan niat itu dan jangan berpaling lagi.. ;) InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dibantu Allah.
  2. Kemudian, setelah berniat, set pemikiran kita. Set our mind that we CAN breastfeed our children in any conditions! Jangan pernah punya fikiran "bagaimana kalau.." Kita harus percaya bahawa kita boleh menyusukan anak kita. Sebenarnya, tidak ada alasan untuk kita tidak memberi anak kita susu ibu. Maka dengan itu, selalu percaya, kita boleh menghadapi rintangan yang mendatang. InsyaAllah. Segala rintangan mental dan fizikal harus kita lalui. Menyusui anak memang banyak halangannya. Sama ada dari orang persekitaran yang tidak begitu tahu tentang khasiat susu ibu dan keburukan susu formula atau juga dari kita sendiri. Syaitan sentiasa menghasut manusia untuk tidak berbuat baik. Menyusui adalah sesuatu yang mulia dan usaha ini pasti mendapat tentangan dari syaitan. Berjuang lah.. ;)
  3. Pasca melahirkan merupakan satu proses penting. Setelah anak dilahirkan, dia perlu disusui serta merta. Maka dengan itu, berbincanglah dengan pihak hospital atau doktor anda bahawa anda mahukan anak anda langsung disusui dan mintalah kamar yang boleh bersama baby agar senang menyusukan. Kalau anda memilih hospital yang 'baby friendly', insyaAllah lebih senang kerana banyak staf yang akan membantu anda untuk menyusui anak anda nanti. (Namun, pengalaman saya, saya terpaksa berjuang keras untuk menyusukan anak saya sendirian kerana saya melahirkan awal pagi, dan tidak ada yang dapat membantu kerana nurse bertukar shift. Lactation kaunselor pulak ada time diaorang datang, dan saya terpaksa tanpa pengalaman bergelut untuk menyusukan anak saya. Alhamdulillah, walaupun sangat penat, saya berjaya!). Apa pun situasi, selalu bersedia dan cuba untuk percaya kepada diri sendiri biarpun tidak mendapat bantuan (prepare for the worst case). Kalau hospital yang tidak mengamalkan baby friendly, berbincanglah dengan doktor anda dan staf bahawa anda mahu menyusukan anak anda tanpa dicampur susu lain. ;) The choice is in ur hand!
  4. ILMU. Banyakkan lah membaca ilmu tentang breastfeeding. Seperti diri saya sendiri, saya masih lagi bertatih dalam ilmu ini. Saya hanya berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tetapi masih banyak yang perlu saya tahu. Internet, buku, support group banyak membantu kita untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu ini.
  5. Persediaan peribadi: Produk-produk ini bukanlah terlalu diperlukan, tetapi memudahkan dan menyenangkan ibu yang menyusui. Antara barang-barang yang boleh kita persiapkan adalah seperti nursing bra, breast pads, breast pump (carilah breast pump yang bergred hospital), storage bottles, warmer dan beberapa peralatan penyusuan yang lain.
  6. Sokongan suami dan kaum keluarga itu sebenarnya penting. Namun, mungkin kita akan menghadapi berbagai kemungkinan. Kalau saja penentangan itu daripada suami, bersabarlah dan teruskan usaha murni kita sehingga saya pasti, satu hari nanti pasti suami akan sedar hikmah menyusukan anak. Paling tidak, tidaklah kita terpaksa mengeluarkan paling kurang RM40/minggu untuk susu formula. Berbeza dengan kaum keluarga. Kalau terlalu banyak penentangan, bersabar dan cuba tidak terpengaruh dengan apa sahaja nasihat yang mengarah kita untuk tidak menyusui badan. :)
  7. Sebagai penutup, apa pun, sebelum memulakan sesuatu, niat kan lah kerana Allah dan setiap niat yang baik insyaAllah disusuli dengan bantuan Allah walaupun rintangannya besar.
p/s Saya mempunyai beberapa pengalaman yang terpaksa saya harungi demi menyusukan Zara tanpa dicampur susu formula sehingga sekarang. Adik saya juga mengalami beberapa perkara yang harus dia tempuhi demi anaknya. Insya Allah entri yang akan datang, saya ingin sekali berkongsi pengalaman itu.

Ibu-ibu dan bakal ibu, percayalah, anda semua boleh menyusukan bayi anda walaupun banyak rintangan.

Tuesday, March 8, 2011

Breastfeeding - Penyusuan Anak

Bercerita tentang menyusukan anak, saya mempunyai pengalaman sendiri. Dan hari ini, saya mahu berkongsi pengalaman tersebut memandangkan terdapat banyak kelebihan yang didapati apabila seorang ibu itu menyusukan anaknya.

Pada kehamilan saya yang pertama (hamil Zara), saya dan suami tidak pernah terlintas tentang memberi Zara susu apa. Benar-benar tidak ada di fikiran saya langsung tentang jenis penyusuan juga yang perlu saya beri kepada Zara. Not until I gave birth di Hospital Putrajaya. Hospital Putrajaya merupakan salah satu hospital di Malaysia yang fully support breastfeeding. Dari situ saya diberi galakan daripada orang sekeliling untuk menyusukan anak saya. Dan bermula dari situlah, saya bertekad untuk terus menyusukan Zara.

Setelah selamat melahirkan Zara pada jam 3.40 pagi, saya di bawa pulang ke wad. Saya fikir, saya akan dapat berehat setelah penat melahirkan. Tetapi jangkauan saya salah. Saya harus terus berusaha untuk menyusukan bayi mungil saya yang terus-terusan menangis. Huhu. And it was so tiring for me. :( Usaha saya untuk menyusukan Zara masih belum berhasil.

Awal pagi, sekitar jam 7 pagi, Cik Ngah (my cousin's sister) datang untuk melawat saya dan dialah orang yang pertama membantu saya untuk menyusukan Zara. Tetapi, tetapi tidak berhasil usaha kami memandangkan Zara melalak tidak berhenti-henti. Frust dan penat sangat..

Walaupun penat dan frust, saya masih berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk Zara. Saya bergelut sendiri di atas katil wad untuk cuba memberi Zara susu dan akhirnya... pada jam 10 pagi, Zara berjaya menghisap colustrum pertamanya dari saya! Alhamdulillah.

Pengalaman Zara menyusukan saya untuk pertama kali ini sampai mati saya tidak dapat lupakan. Kadang-kadang hati saya hiba bila mengenangkannya. Sewaktu Zara menyusu saya waktu itu, dia melihat muka saya dan sepertinya cuba untuk mengenal bundanya. Dia benar-benar memerhatikan setiap sudut muka saya sambil menyusu. Ya Allah, besar nikmat yang Kau berikan ini. Wajah Zara ketika itu sampai sekarang saya tidak dapat lupakan dan sering terbayang di mata saya.

Dan, terjalin lah ikatan kasih sayang antara kami.

Kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu, saya yakin, pengalaman penyusuan yang pertama untuk anak anda merupakan satu momen yang sangat bermakna dan tidak mungkin dilupakan. Saya menyeru, susu kan lah anak anda kerna itu nikmat yang tidak ada bandingannya dengan memberi yang lain selain susu ibu.

p/s hati saya sebak bila mengenang lagi hal ini. Zara, I love u so so so much!!!

Wednesday, March 2, 2011

updates..;)

It have been few weeks i didn't update of what i am doing except sharing about the thesis writing skills. Yes, i've been quite busy with friends coming from Yemen and also the thesis writing.

Now, i am still busy writing. I just started my day today, after waking up at 10.30am with Zara. Bathed Zara then took my bath then ready for thesis writing. Before that, updating my blog. :)

(macam bosan pulak banyak perkataan 'thesis writing')

Okay, last february, i don't remember the exact date, my sisters from Yemen came by to visit us. Halia and Safia. It have been nearly 9 years i didn't meet Halia. She now, coming over bringing her daughter, Reham, and her sister, Safia. We had great times together. We went to few malls together and they shopped like hell. :) Then, on their last nite here, we went to Hard Rock Cafe in KL. Sudah pasti Zara berteman sama Reham, mereka seumuran, Reham hanya tua beberapa hari. But, Zara, she controlled everything, everything is NO to Reham.. Huh.. They were staying at our house for the whole visit, which is 10 days.

And now, we miss them alot!

Nothing much updates for the thesis writing. Just sometimes i feel tense.

There are so much in my head now that i wanted to do but that many things can only be done if only my thesis is done. Hmmm.. Sakit juak palak ku mikir hal tok.

I got to:
1) Siapkan penulisan thesis
2) Saya nak cat bilik saya dan hias bilik untuk menyambut kelahiran bayi yang kedua.
3) Jahit baju tidur Zara
4) Starting a post about the awareness of breastfeeding
p/s I'll be posting our photos on our few last week's activities later. ;P


Tuesday, March 1, 2011

Thesis Writing Skills?

Hello and salam everyone. I am now in a middle of writing my thesis which should be done by end of this March. Hopefully.

I've actually have been doing my writing since 2 years ago but it seems that i have a problem of understanding on how to write a good thesis. That's what my supervisor told me. ;) Hmmphh.

But anyway, i've got my new momentum to write my thesis again since one week ago after having a meeting with my second supervisor (Prof Amru Nasrulhaq Boyce) ~ the best ever supervisor which helps me alot!~ He handed me few thesis for my reference on how to write a good literature review.

Okay, first of all, I have a problem on how to write a good 'Problem Statement' for the thesis. And I googled and find out this:

1) What is a problem statement?
It is a clear description of the issue(s), it includes a vision, issue statement, and method use to solve the problem
  • Vision - what does the world look like if we solve the problem?
  • Issue Statement - one or two sentences that describe the problem using specific issues. It is not a "lack of a solution" statement.
  • Method - the process that will get followed to solve the problem.
the explanations before is from: www.ceptara.com/node/33

I googled more and found this!
There are 3 steps of how to write a problem statement:
1) Write down your problem/current state. Then, expand the problem by asking the following questions:
  • - who does it affect / does not affect.
  • - what does it effect / does not affect.
  • - how does it effect / does not affect.
  • - when is it a problem / is not a problem.
  • - where is it a problem / is not a problem.
  • 2) Same as the first step but focuses on the Desired/Future state
    3) Combine the revised problem/current state and the desired future state into a single statement.
The following diagram outlines the process:



_______________________________________________________________

Then i found this too, a problem statement's template! Make my life easier.. ;P

Resolution

State your claim. Name something interesting that you've learned about the topic from reading/discussion/research.
Consequences

Why do you think the claim is interesting or important? What bigger questions has it helped you answer? What problems has it helped you to understand or solve?

Destabilizing Moment

What specific fact/concept/reading/etc. helped you to discover the claim?

Status Quo

Before you discovered the claim, what incorrect or incomplete opinion did you hold about the topic?

http://www.faculty.virginia.edu/schoolhouse/WP/probstattemplate.html


I guess discussing on how to write a problem statement now is enough. Maybe later we can discuss on how to write a literature review, methods and result and discussions. Too much nanti tak masuk kepala pulak. ;P


p/s any other info please do inform me. :) Thanx peeps.

Wednesday, February 16, 2011

Lion Dance


Muka puas hati Zara dapat ambil limau ;)

Few days before chinese new year, its on cuti hari wilayah which was on 1 February, we went out to KL. Pegi plaza ampang point, carik barang ema tapi kedai semua tutup. Then off to KLCC sebab kita nak tukar Maxis ke Celcom. Nak cari blue cube. :)

Okay, lion dance. Tarian singa ini selalu akan ada di mana-mana sebelum dan pada tahun baru cina. Mereka, orang cina, percaya bahawa tarian ini bertujuan menghalau hantu. lebih kurang begitulah. Pada awalnya, saya sangat takut dengan tarian ini dan pasti menghindar lari daripada mendekati singa tersebut. Tetapi tahun ini, saya malah berani dan ke pengen sekali memegang singa itu.

Kebetulan hari itu, ada tarian singa di KLCC. Saya pun dengan terkocoh-kocoh menuruni eskalator bersama ayah yang menggendong Zara untuk menyaksikan tarian itu dengan jarak dekat. Sangat dekat sampai boleh pegang.

Zara takut. Tapi saya beranikan dia. Singa itu sempat ke arah Zara dan Zara sempat mengambil limau mandarin yang keluar dari mulut singa itu.. ;) ong ah?

Pengalaman yang tak terlupakan..sebab pertama kali menyentuh singa yang lucu itu. Geram sangat. I wish i can watch again another lion dance tapi tak jumpa-jumpa dah habis itu.. :( next year perhaps.

p/s Zara was so excited after watching the lion dance sampai cerita dengan neneknya berkali-kali dan sampai sekarang masih cerita yang dia dapat limau dari lion. ;)

Thursday, February 3, 2011

Hotel - Restoran Sindanglaya, Puncak

Ini ada beberapa gambar kitaorg makan kat restoran itu. Walaupun gambar tu makanan dia dah habis. ;)





Restoran ini lah yang pernah saya sebutkan di post yang lepas. Memandangkan saya malas untuk scan pulak, marilah saya menaip sahaja tarif kamar untuk hotel ini:

1) Kamar berdua Tipe A - Rp 189,000 (Sunday-Thursday); Rp 209,000 (Friday - Saturday)
2) Kamar berdua Tipe B - Rp 169,000 (Sunday-Thursday); Rp 189,000 (Friday- Saturday)
3) Kamar bertiga - Rp 289,000 (Sunday-Thursday); Rp 309,000 (Friday-Saturday)
4) King size bed - Rp 209,000 (Sunday-Thursday); Rp 229,000 (Friday-Saturday)
5) Junior Suite - Rp 489,000 (Sunday-Thursday); Rp 539,000 (Friday-Saturday)
6) Extra bed - Rp 69,000 - 89,000

Seluruh kamar telah dilengkapi dengan TV berwarna 21" dan 23" saluran antena parabola, telpon, spring bed, air panas dan ruang makan. Termasuk WIFI!

Can call this number for further info and reservation:
(0263)512816
Email: reservation@sindanglaya.com

p/s promote pulak kan, walaupun mane de dapat pape. Tapi apapun, i care, so, i share.





Happy Birthday Batrisyia and Rafhana!






Pada tanggal 29 Januari, hari Sabtu, saya dan Zara mengikuti tante usu Zara (my sis Ema) dan baby Farryal ke Birthday Party anak teman kantor Ema, Yusmirdah, merangkap teman FB saya. ;)

Anak-anak Yus seorang bernama Batrisyia, meraikan ulangtahun yang ke 8 manakala anak bungsu atau anak ke dua, Rafhana meraikan ulangtahun yang ke 4.

Kami tiba di rumah Yus pada jam 4.30 petang, lambat 1 jam dari acara bermula. Namun, acara tiup lilin sempat juga kami melihatnya. Namun, keliatannya Zara tidak menikmati suasana hingar bingar anak-anak menyanyi dan bermain bersama clown. Takut katanya sambil hendak menangis. So, we decided untuk makan di luar rumah. Puas lah Zara hari itu makan coklat dan gula-gula Mak-mak pulak makan nasi ayam, mie hun goreng, lasagna, nugget, cake dan semua hidangan yang disajikan. Eehe. Memang tak makan pun sebelum itu memandangkan tau nak makan kat rumah Yus. :P

Tema harijadi ni warna dia pink and white. Beriya-iyalah mak-mak ni pakai pink and white.:P Tapi frankly, decoration birthday party tu superb dan sweet! Tahniahlah Yus, event manager yang berjaya. Mesti puas hati kan!

Oklah, kepada Batrisyia dan Rafhana, umur semakin meningkant, mama dan ayah mesti nak kalian berdua jadi anak solehah. Semoga Batrisyia dan Rafhana jadi anak yang berguna untuk mama dan ayah, jangan lupa jasa orang tua terhadap kita.

Yus, ijah doakan semoga Yus selalu sabar menghadapi cabaran yang semakin meningkat dalam membesarkan anak-anak. Doakan ijah jugak ye! :)

Kembali kami ke Kuala Lumpur

Beli Hair Lotion Zwitsal 6 botol untuk Zara dan bapaknya

Pastu, sabun zwitsal 6 biji untuk Zara dan Farryal



Beli Brownies Keju Kukus jenama PONDAN (ok, pelik kan jenama dia..) memandangkan kat sini saya tak jumpa kek kukus instan

Yang ni pulak, kukus coklat dia. Saya borong 3 pack untuk ini dan 3 lagi untuk yang keju

Beli Rapika Kispray untuk dimasukkan kedalam air seterika baju supaya baju sentiasa wangi, kat sini pun tak ada, so borong banyak-banyak

Setelah beberapa hari (Isnin - Jumaat) di Jakarta, kami bersiap-siap untuk menjalani hari-hari kami di Kuala Lumpur lagi. Packing punya packing, barang-barang kami mencecah 5 bag! My gosh. Banyak dan confirm over weight! Hm...saya bawa balik baju-baju saya yang di Jakarta memandangkan takut berkulat sahaja dan tidak dipakai kan sayang... ;) Lagi pula, banyak pulak kain-kain untuk jualan serta barang-barang masakan dan pernak pernik bayi untuk Zara yang tak ada di Malaysia diborong oleh saya. Nasib baik suami saya memahami nya. ;)

Sesampainya di airport Soekarno Hatta, kami check dan dikehendaki membayar 150 dollar! huhuhu.. nak nangis? Tak jugaklah. Saya pun menjalankan peran saya sebagai ibu mengandung untuk memancing pengurangan harga over weight tersebut dengan sekalian menggunakan nama Zara sebagai penambah pancingan. Kami pun diberikan kelonggaran untuk hanya membayar Rp750 ribu, lebih kurang RM200++. Oklah kan..? ;)

Selesai check in, kami lepak sebentar dengan mertua sebelum boarding. Jam 6.00 petang kami pun masuk untuk boarding. Sebelum itu, sempat lagi saya membeli belah di Batik Keris, beli lah baju untuk anak Yus yang akan meraikan harijadi mereka (2 orang) keesokannya dan juga baju oleh-oleh untuk anak Ema, baby Farryal.

Comel-comel baju yang saya belikan walaupun harga nya, hmm, boleh tahan wallah wey!. Hehe. Selesai membeli belah, kami segera boarding, solat jama' maghrib dan langsung ke pesawat.

Sepanjang perjalanan, Zara tidak tidur. Dia asyik menonton Sesame street dan makan. Manakala saya dan Niko sibuk bermain Tetris. Tidak berasa, sejam lebih di pesawat, kami mendarat, alhamdulillah dengan selamat. Zara siap tepuk tangan lagi selesai mendarat.

Di luar, sudah menunggu nenek Zara (my parents) dan tante usu nya serta baby Farryal. Walaupun tengah malam, tetap aja semua semangat untuk menjemput.

Alhamdulillah, penat punyalah penat, sampai rumah, we really feels like home. (betul ndak kah ayat tok? macam salah jak..hentam jak lah)

Banyak pengalaman kami yang kami lalui sewaktu bercuti, samaada pahit atau manis, kami jalani bersama dengan mengambil yang manis sebagai kenangan tak terlupakan dan pahit sebagai pengajaran untuk masa akan datang.

p/s merasa lega setelah sempat bertemu mertua dan meminta restu dan doa untuk saya melahirkan anak ke dua, dan mas niko juga merasa lega setelah pulang dengan restu orang tuanya. ;)

Well, treat our life as short so that we will never think of negative things. Cheers.

Zara's trip to Taman Safari, Bogor, Indonesia

Berfoto bersama ayah dan opa sebelum menaiki kereta gantung!

Zara sedang asyik melihat tiger!

Berfoto dengan burung

Hippo bermalasan, difoto dari dalam mobil

Rusa, difoto dari dalam mobil

Pada tanggal 27 Januari yang lalu, kami sekeluarga (Mas Niko, Saya, Oma dan Opa Zara dan Zara) beriadah ke Taman Safari, Indonesia yang terletak di Bogor, kira-kira satu jam dari Jakarta dengan memandu kereta.

Kami berangkat dari rumah sekitar jam 10 pagi dan sampai di Bogor sekitar jam 12 siang.
Biasa... Macet walaupun hari bekerja.

Namun, walaupun sudah siang atau dalam bahasa Malaysia nya tengah hari, cuaca mendukung kami untuk beriadah. Di Bogor sememangnya dingin ditambah dengan cuaca mendung tetapi belum hujan-hujan ;).

So, dalam perjalanan masuk ke pintu masuk taman safari, terdapat ramai jualan carrot dan pisang ditepi jalan. Saya pikir untuk jualan buat kita masak Ternyata, dijual untuk kita beri makan kepada binatang nanti.

Pengalaman saya di Taman Safari, sebagai tourist dari negara lain, merupakan pengalaman yang fantastik! Kita boleh melihat binatang berkeliaran di sekitar kita tanpa takut memberi makan (tetapi kita stay di dalam mobil). Really a safari experince! apabila tiba di kawasan binatang yang berbahaya seperti harimau, jendela mobil harus sentiasa di tutup dan kita boleh melihat binatang-binatang tersebut berehat atau menjalankan aktiviti dengan jarak dekat.

Sepanjang pengalaman hidup saya dan mertua saya, tidak ada deh yang menandingi Taman Safari ini. I reccomend to my friends and to whoever read my blog, if u have any chance to go to Indonesia, don't forget Taman Safari as one of ur destination! ;)

Entry Fee:
Rp 75rb for local and Rp125rb for international.

Can check this website to explore more about Taman Safari:
http://www.tamansafari.com/index.html


Oh ya, setelah penat berjalan-jalan di Taman Safari, sebelum kami bertolak pulang ke Jakarta, kami singgah makan di sebuah restoran yang telah berdiri sejak zaman belanda. Tempat tersebut merupakan restoran hotel di puncak dan really, tempatnya sangat exotic. Makanannya juga enaaakk tenan.. ;)Nama restoran tersebut adalah:

SINDANGLAYA
Hotel - Restaurant
Jl. Raya Cipanas No. 43-45,
Cianjur, West Java, Indonesia.

Tentang tarif kamar, saya scan nanti, malas nak taip. ;)


Oh ya, we went to taman safari's bird house too. Fantastic! I can see owl just infront of me and really, owls do look wise! ;)


p/s Gambar untuk taman safari will be uploaded in the next post. Mala jak gambar upload next post tp sik upload2! Huh. Tentang almari, saya masih belum upload gambar sebab belum direnovasi. Hehe.



CIAO!