trifle ku |
trifle ku dr tepi |
Kawan-kawan, ternyata membuat trifle ini tidak terlalu susah (yang mana dalam pemikiran saya ianya adalah susah). Apa yang saya lihat menarik, sedaap dan tergoda itu adalah susah untuk membuatnya. Bunyi dan cara-caranya mungkin tertulis agak complicated tetapi ia tidak secomplicated yang difikirkan. Hari ini saya telah berjaya membuat trifle yang kelihatan cantik menarik dan mengiurkan. Jadi, teringinlah saya nak kongsi resepi di sini agar siapa yang rajin boleh lah membuatnya dan siapa yang malas, saya boleh tolong buat kan. :)
Cara-caranya:
Lapisan pertama
1) Tabur kiub kuih sponge. Kuih sponge ini boleh diganti dengan kuih swiss roll, sama ada nak potong kiub atau bulat, tergantung selera.
sponge cake yang dipotong kiub, dilapisi setengah jem straberi diatasnya |
1) Kemudian, sapukan atau tuangkan jem straberi ke atas cake yang telah di potong kiub tadi. (jem straberi ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di kedai menjual barangan cake. Kalau beli jem biasa, terlalu manis)
Lapisan ketiga:
Cara-cara membuat jem straberi:
Masakkan 25biji straberi ke dalam 4 cawan air gula. Masukkan 2 sudu tepung jagung yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu bagi melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes straberi yang boleh didapati di kedai menjual barangan kek. (dipetik daripada resipi nani rostam)
Jem straberi dituangkan di atas kek yang dipotong kiub |
1) Susun buah straberi di sekeliling bowl dan di atas jem.
Buah straberi disusun ditepi dan atas jem. Tetapi gambar ini setelah jeli dituang. So, this photo is valid untuk langkah dibawah juga |
2) Masakkan jeli (saya gunakan Konyaku jeli) dan tuangkan diatas susunan straberi tadi.
Straberi pes yang dimaksudkan |
1) Tuangkan buah cocktail yang di dalam tin ke atas lapisan jeli.
2) Tuangkan kuah kastad ke atas buah koktail tadi.
Cara membuat kuah kastad:
Masakkan satu tin susu sejat cair dengan lima sudu makan gula dan dua sudu makan tepung kastad yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Sehingga pekat dan tuangkan keatas buah koktail tadi.
Lapisan ke-lima
1) Taburkan kacang walnut ke atas lapisan kastad.
2) Lapiskan dengan whipped cream.
3) Sisa jelly tadi bolehlah dituang ke atas lapisan cream dan hiaslah dengan buah atau apa sahaja di atas trifle anda. (Kalau jelly sudah keras, cairkan dengan memanaskannya lagi)
4) Chill kan trifle dipeti sejuk selama semalam dan boleh dimakan keesokannya kalau tahan nafsu nak makan.
Lapisan kastad yang akan ditaburkan kacang diatasnya seterusnya whipped cream |
krim putar yang saya gunakan |
p/s saya tak sempat ambil gambar langkah seterusnya. ;) Selamat mencuba atau mengorder!!! ;)
trifle yang ni first time buat dan kuah kastad tak berapa pekat. So, perlu tambahkan 2 sudu tepung untuk melikatkan lagi kuah kastad nya.
No comments:
Post a Comment